Dahulu penulis hanya
mendengar, membaca dan
melihat sahaja Desaru melalui media2 cetak dan elektronik. Selain itu, Desaru juga selalu bermain2 di
bibir teman2 yang ingin bercuti. Alhamdulillah, kini penulis berkesempatan menjejakkan kaki di Desaru.
Terletak lebih dari
50km dari simpang jalan utama JB-Mersing, membuatkan kita agak kepenatan. Namun terubat takkala melihat papantanda Desaru dan Bandar Penawar. Dari simpang depan tu, anda hanya akan melalui tanah
perancangan kelapa sawit yang luas gi tu.
Desaru terletak di dalam kawasan Bandar Penawar iaitu
KEJORA jika tidak salah penulis. Merupakan salah satu projek seperti Felda dan sebagainya. Oleh itu ianya tersusun dan cool. Di kawasan tersebut terdapat SMK Bandar Penawar, SMA Bandar Penawar, Sekolah Sains Kota Tinggi ( SAKTI ), dan
Sekolah Sukan Bandar Penawar. Dasyat seh, carok2 pun ader sekolah sukan lagi. Selain itu terdapat sebuah
IKBN Bandar Penawar.
Disepanjang pantai Desaru ini terdapat beberapa resort atau hotel bagi kemudahan para pengunjung. Selain itu terdapat juga padang golf. Tidak diketahui
taraf bintangnya. Entah2 taraf bulan je kot. Hahaha.... Kawasan ni ala2 jalan nak gi Batu Ferringgi, Penang.
Ye tentunya sama seperti pantai2 lain yang terdpt di dunia ini, kawasannya adlah
berpasir. Berpasir kasar. Pada waktu penulis tiba cuaca sgt
panas dow. Tak tahan rasanya. Oleh itu xbanyak pic yg penulis snap.
Ada juga kawan2 kata Desaru ini xder apa2 yg sgt yang
special. Mungkin betul dan mungkin salah. Sekali pandang mmg tidak ader yg istimewanya pantai ini. Cuma waktu penulis tiba tu, tidak ramai pengujung. Kebetulan masa tu ada 2pasangan anak remaja yg konon2nya matsalleh sedang mandi di
Pantai Hawaii. Ada ka patut mandi tengah2 panas terik macam ni. Hilang akal ker. Dah la tu dok berpeluk2 dengan pasangan masing2. Hmmmm....lantak korang lah. Ai sempat lagi penulis bergossip.......Next.....
Tidak adil rasanya jika penulis katakan pantai ini tidak best. Ok2 saja pantai ini. Kawasan luas. Dia ala2 PortDikson gi tu. Lagipun penulis xtahu nak ukur mcm mana tahap ke
bestan pantai2.
Lagipun penulis mmg agak kureng dengan pantai2 ni.
Melekit dan
berpasir. Paling utama, pantai ni sangat panas.
Berhampiran dengan Desaru ialah
Tanjung Balau. Mmmm...terkenal ker? Tanjung Balau juga anatara publich beach yang boleh di jadikan tempak beriadah. Pasirnya adalah hitam. Terdapat banyak2 batu di sini.
Tanjung Balau
Muzium Nelayan Tanjung Balau
Di sini juga terdapat sebuah
muzium. Muzium ini menceritakan tentang kisah kehidupan penduduk nelayan Tanjung Balau ini pada masa dahulu hinggalah sekarang. Di samping beriadah, dpt juga
menimba ilmu.
Apapun alasan, anda boleh
berkunjung ke sini dan menilainya.
Jumpe lagi di episod yang berikutnya.