Monday, January 31, 2011

--- sElamat tAhun bAru cIna ---


Haiyaaaaa...... Tahun Balu Cina datang lagi.....haiyaaaa.....hoye...hoye.....to my pliend ha, Teng Han Nyan, Teng Jr, Wee Yei dan other Chinese pliend yang wa dah lupa nama meleka, I wish u ha HAPPY CHINESE NEW YEAR. Ini tahun ha, Tahun Lebit. Haiyaaa.....manyak cute itu lebit. Wa suka itu lebit.

Ini tahun cina wa tidak melayakan Chinese New Year di lumah kawan2. Tapi wa sambut di puncak Gunung Tahan. Manyak hepi. Gong Xi...Gong Xi....

~~~end~~~

Sunday, January 2, 2011

--- Layankan Si Umi d' Chamah Ulu Sepat ---

Mmmm.....CUS a.k.a Chamah-Ulu Sepat. Satu nama / akronim yang pada penulis boleh disifatkan SERIK, MALAS, dan MENYUSAHKAN. Perghhh.....

Penulis pernah bertekad untuk tidak lagi mengulanginya ke sana. Namun, baru-baru ini penulis terdetik untuk pergi lagi. Adoiiiii...... Masa mula-mula dapat tahu bahwa KeReX akan membuat xpdc ke CUS, memang penulis tidak mahu ikut. Tapi melihatkan line-up yg best2, penulis cuba mempertimbangkan untuk menyertainya. Mmmm.....

Dari tarikh 24hb Dec, Wan as Leader, telah mengubah ke tarikh baru yang membolehkan penulis join iaitu 26hb Dec. Ini kerna 25hb tu penulis ada wedding photoshoot @Kota Tinggi. Ahakzzz....


Mengenangkan detik2 masa penulis ke CUS dua tahun lepas, memang begitu menguji mental. Hanya Allah saja yang tahu. Tapikan , naik gunung mana yang senang? Nak senang dok umah la woi. Hahahaha......

Takper-takper kita lupa citer lama, kita mulakan dengan new story. Harap2 kali ni lebih baik dari yang dulu. Insya-Allah.


25.12.2010
Penulis bergegas pulang ke Melaka dari Kota Tinggi. Dari sana jam 6.30 dan tiba di Ayer Keroh jam 8.30 malam. Seb bek dah packing2 aritu. Cuma balik masukkan ration jer. Tu pun nerbes dan kelam kabut gak.


Kat umah masa tu dah ramai peserta. Ada yang baru packing dan ader yang dah bersenang2 kerna dah siap semuanya. Happy la tu.

Jam 11 malam, penulis bersama rakan2 berjalan menuju ke Fasa B, kerna bas akan mengambil kami di situ. Sebelum terlupa, berikut adalah line-up yang join this trip; Wan, Chaer, Hakim, ........ ala, malas la nak taip. Line up sama jer dengan yang Pine Tree Hill. Tambah Umi, Mamu dan En Zulkifli. Pastu tolak Aizat dan Wani. So total ____ orang. Kira sendiri. Kahkahkah.....


26.12.2010
Bas yang kami naiki tiba di Masjid Kg Lalat sekitar jam 5 pagi. Dah nak Subuh pun. Kami membuat pengurusan diri di situ sambil menunggu matahari terbit. Hahaha..... tunggu 4x4 maaa.....



Jam 8.30 gitu-gitu, 4x4 pun tiba. Kami bersiap2 untuk naik 4x4 tersebut. Terdapat 2 buah 4x4 dan kami bahaginya kepada dua kumpulan.


Angin pagi begitu menggigit kulit dan kesejukkannya terasa hingga ke tulang. Perjalanan kami melalui beberapa post pekerja pembalakan yang aktif. Jalan balaknya agak berdebu dan menggangu penglihatan kami untuk melihat pemandangan nan indah.



Istimewanya CUS ialah ia menyajikan pemandangan gunung ganang tahap superb dari trek balak. Sambil terhuyung hayang dlm 4x4, kami menyaksikan keindahan tiada taranya. Tak bestnya ialah kurang view di ke dua-dua puncak.
Pada permulaan trek kami melihat beberapa kawasan hutan yang sudah di cerobohi. Nampak tompok-tompok sana dan sini. Hmmm..... Beberapa kali kami berselisih dengan lori2 balak yang mengangkut balak keluar. Entah halal atau haram pembalakan di sini.


Menaiki 4x4 selama 3 jam lebih agak memenatkan. Sakit bontot, lenguh kaki dan sebagainya. Hmmm.... Akhirnya kami sampai di persimpangan Post Simpon sekitar jam 12 tengah hari lebih. Kami di turunkan di situ. Kira lebih baik la dari masa aku dulu menapak dari jambatan sg nun sampailah ke sini.


Dari situ kami mula trekking untuk menuju ke Kg. Rekom. Waahhhh....!!! Jauuuuuhhhhhhh....!!! Layan kan ajer. Panas terik suria begitu menyengat. Tak tahan rasanya. Mental? Jangan cakap ar. Mental giler. Nasihat Ponco time tu ialah dengar lagu. Kalu suara sedap, nyanyi. Kalau tak sedap pun nyanyi gak.

Mulanya aku mcm tak caya. Last sekali aku cuba juga. Memang berkesan. Aku ambil MP3 dan nyanyi kuat2. Lantak la kan suara sedap atau tak. Hahaha.... Maka berjalanlah kami menyusuri trek balak. Ponco time ni dah kena bawa dua beg. Beg Ummi sapa lagi. Adoiiii...... nak kata injured, tak. Tengok boleh ja dok senyum2...... Hmmm......

Alhamdulillah kami sampai di Kg Rekom sekitar jam 4 petang. Yes...yes...yes... Berehat sebentar, kemudian sambung lagi menuju ke Kem Tengah. Plan asal nak campsite kat Tongkat Ali. Tapi tengok keadaan dulu kot. Dulu ader sebuah rumah panjang kat Kg Rekom ni. Tapi sekarang dah tak ada. Tinggal tapak jer. Mmmm....

Rumah tersebut dibina oleh pembalak-pembalak masa melakukan kerja2 pembalakan suatu masa dulu. Mungkin sekarang dah takder, maka ianya dirobohkan. Di kampung ini terdapat rumah lebih kurang 3-5 rumah orang asli.

Jam 5 lebih sampai di Kem Palma. Solat Asar dan meneruskan pendakian dan akhir tiba di Kem Tengah sekitar jam 6 petang lebih. Keadaan trail ok2 jer. Takder la mencanak sgt. Sikit2 jer.

Kami mendirikan khemah dan membuat pengurusan diri. Malamnya seperti biasa selepas makan kami pun Zzzzz...zzzz......

--- sElamat dAtang tAhun 2011 ---

Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t yang telah melanjutkan usia ku. Kesibukkan dunia melalaikan aku tentang masa yang berlalu dengan pantas. Di kala detik jam menghampiri 00:00 tahun 2011, aku masih lagi berada di atas bas UTeM menuju balik ker Melaka. Baru keluar dari XPDC Chamah-Ulu Sepat.

Usia ku tahun ni kini mencecah 29 tahun. Itu kalu ikut tahun. Tapi kalau ikut tarikh lahir, aku masih lagi 28 tahun. Sweet gi tu. Hahaha.....

Perkahwinan? OMG.... Runsing untuk aku memikirkannya. Bila di tanya, aku pun tidak ader jawapannya. Di mana silapnya pun aku tak tahu. Nak kata tak der rupa, aku rasa ok2 jer aku. Mungkin aku pemalu sgt kot. Hihihihi.... Apa-apa je lah. No komen.

Kerjaya pula, syukur pada Allah yang senantiasa melimpahkan rezekinya sepanjang 2010. Terasa bahagia jer sepanjang 2010. Tapi aku tidak lokek dan lupa pada mereka yang serba kekurangan. Dengan kawan-kawan rasanya aku tak der la kedekut sgt. Tahun 2010 boleh di katakan tahun yg aku agak boros.

Sejak ader Neo 1.6 CPS, mmg panjang kaki. Melaka - Mersing macam sebelah-sebelah jer. Bil minyak kereta dan tol, jangan cakap la. Walaupun boros, aku masih siuman dalam mengatur perbelanjaan. Takder la diisytiharkan muflis.

Wedding job pula antara kerja partime untuk aku mengasah skill-skill photographer aku. Aku banyak belajar dari teman-teman seperjuangan seperti Amli dan Topek. Yang lain pun ader gak cuma xhingat nama. So jangan marah k.

Tahun 2011, aku berazam untuk menyimpan. Menyimpan dalam unit-unit amanah yang di tawarkan di bank-bank. Terbaru aku join ASB dan Amanah Saham Hartanah. Kini aku kembali ke Pulau Aur. Tempat di mana aku menabur bakti pada anak bangsa ku.

Ku berdoa pada Allah semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Janganlah Engkau membiarkan diriku terpesong dari jalan yang diredhai-Mu. Amin....

~~~end~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...