Sunday, April 27, 2014

--- Berkayak dari Tg Leman - Pulau Sibu - Pulau Tinggi - Return ---

How to start this entry ek? Ok, aktiviti kali ni di ajak oleh my member iaitu Ery dan Daus. Aku pun dah lama tak ada xtvt, mempertimbangannya. Ok, count me in.

Aku tersalah mengira tarikh menyebabkan aku tidak dapat join kayak di awal xpdc dari Tanjung Leman. Aku join diaorg ni di Pulau Tinggi. Why ? Panjang la nak story. Tak per, tak penting sangat.

Aku just story dari apa yang aku tahu jer. Secara detail, tak tahu sebb aku dah tak mula dengan diaorang dari mula. Mungkin ada maklumat yang sedikit salah. Maka maafkan saya.


25 April 2014
Aku mula tunggu di Pulau Tinggi sekitar jam 11.00 pagi. Setiba aku di sana, belum kelihatan kelibat mereka. Jika ikut perkiraan, sepatutnya mereka dah sampai sebab ikut jadual, jam 6 pagi mereka akan mula bergerak.

Alhamdulillah, aku selesai solat Jumaat. Hmmmmmm.....mana diaorang nih?




Pailang....









Jam 2.30 petang, kelihatan bot Marin Penyengat tiba di Pulau Tinggi dengan membawa kayak. Dari jauh, aku lihat dan memikirkan tentu ada sesuatu yang menyebabkan mereka lambat. Takpe-takpe...tenang-tenang.

Aku menyambut ketibaan my friend, Ery dan Zaid. W E L C O M E to Pulau Tinggi....

Rehat sebentar kemudiaan, kami sama-sama mendirikan khemah sementera menunggu satu lagi trip kayak ditunda ke sini.

Di mana kami bermalam? Yup, dengan jasa baik pihak Marin, kami diberi kebenaran menggunakan kawasan balai. Syukur, alhamdulillah....




Setelah team kedua sampai, ada sedikit isu di mana, seorang peserta HILANG. O M G .....!!!

Team Leader memanggil dan...bla....bla....bla...... ok suasana sedikit cemas. Hasil siasatan mendapati, peserta tersebut tertinggal di Pulau Sibu. Malam ini, dia akan bermalam di sana. Di balai polis Marin Pulau Sibu.











26 April 2014
Semalam dah briefing apa yang bakal dilakukan pada hari ini. Semua orang cergas siap sedia. Kami akan berkayak menuju ke Pulau Mentigi. Kami akan bersuka ria di sana. Menjelang lunch, kami akan ke Pulau Nanga. Sebelah jer pulau tu. Dekat sangat.



Tip ! Memakai bedak sejuk sebagai sunblock telah lama digunakan oleh orang-orang laut di Semporna.





Pulau Mentigi ni cantik ok. Pasirnya putih bersih.

































Selesai kami meneroka kedua-dua pulau yang kecil itu dan puas melihat keindahan hidupan lautnya, kami pun berkayak kembali ke basecamp. Malam ni acara bakar-bakar.



Sebelum tidur, team leader adakan meeting sedikit berkaitan pergerakan balik esok. Semua peserta perlu membuat pilihan

Pilihan 1 : Berkayak ke Sibu. Dari Sibu akan ditunda ke Tg. Leman.
Pilihan 2 : Dari sini ditunda ke Sibu. Dari Sibu berkayak ke Tg. Leman.
Pilihan 3 : Ditunda dari sini sampai ke Tg. Leman.

Pilihan yang menang ialah pilihan 3. What happen all of this? Haaaaaa....ini disebabkan semua peserta dah out of service.


27 April 2014

Perhimpunan pagi SK Pulau Tinggi
Sempat melihat suasana perhimpunan pagi di sekolah. Ini jer anak muridnya. Gurunya juga boleh bilang. Sweet....!!!

Seperti yang diputuskan, selesai berkemas, bersalaman dengan pihak Marin, kami pun bergerak ke Tg. Leman.



Ucapan terima kasih kepada pihak Marin Taman Laut Iskandar, Johor dalam menjalankan tugas membantu aktiviti kami ini. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Kepada semua peserta, yang memberi komitmen yang baik, tahniah diucapkan kerana berjaya menyelesaikan misi.

Secara personal, aktiviti ini diluar jangkaan aku. Aku dah terbayang-bayang mengelilingi Pulau Tinggi dan kepulauan kecilnya. Namun tidak dapat. Bukan rezeki. In shaa Allah, mungkin trip lain. Wassalam....

4 comments:

  1. akal yang kurang pengetahuan ni dok pikiq, kenapa dlm pulau, design skolah, mesti bangunan tinggi2.. kenapa mesti sama dgn darat.knapa tak buat design yang lebih sesuai, kreatif, menarik tertarik dengan persekitaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @noor hadzir,..... fikiran orang yang belajar dalam engineering dengan sains masyarakat (politik) ni berbeza..... u know what I mean....?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...