Thursday, April 17, 2014

--- Pulau Dayang, Pulau Aur ---

Mandi manda di Pulau Dayang sangat ditunggu-tunggukan. Ajakan seorang teman, tidak aku tolak. Pulau Dayang merupakan salah satu daripada 3 pulau yang terdapat di Pulau Aur. 2 lagi pulau lain ialah Pulau Lang dan Pulau Pinang.

Semasa tiba di sini, kelihatan jetinya sudah rosak. Bahagian tengahnya sudah roboh. Menurut penduduk kampung, ia roboh akibat ribut pada hujung tahun 2013. Ketika itu monsun. Aku sempat bertanya, bilakah ia akan diperbaiki? Menurut mereka, jeti tersebut tidak dibaiki malah akan dirobohkan.

Di pulau ini terdapat chalet yang diusahakan oleh En. Mohd Tahir. Dahulu, kepulauan ini tidak putus-putus menerima kunjungan penyelam-penyelam. Namun, sejak 1 September 2013, Pulau Dayang ini sunyi. Bukan sahaja pulau ini, malah chalet-chalet lain juga tidak menerima pelancong. Seterusnya, pendapatan penduduk terjejas teruk.

Untuk informasi, Pulau Aur terkenal dengan aktiviti selam. Kebanyakkan pelancongnya adalah warganegara Singapura.

Takpelah, nak komen banyak-banyak pun, aku bukan orang sini. Semoga apa yang berlaku, ada hikmah daripada Allah.

















































4 comments:

  1. Assalamualaikum. nak tanya, dekat pulau dayang ada line internet or wifi tak? apa je kemudahan yang ada? sebab nak buat cerita pasal pulau dayang, tapi takut tersalah info. betul ke dekat situ tak ada private bathroom? ada banyak komuniti masyarakat (kampung) tak kat pulau dayang? ada chalet atau hotel apa je yang ada dekat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sangat sampai tak terjawab ke? haha
      sorry sebab saya nak buat research pasal pulau dayang tapi belum mampu untuk pergi situ =D

      Delete
    2. dekat pulau dayang ada line internet or wifi tak?
      xder

      betul ke dekat situ tak ada private bathroom?
      ada jer

      ada banyak komuniti masyarakat (kampung) tak kat pulau dayang? ada chalet atau hotel apa je yang ada dekat situ?
      kampung xder. resort jer...

      Nama pun research. kena la datang sendiri....alami sendiri...baru la feel. Hahahahahahaha.....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...