Tuesday, March 25, 2014

--- Hari 1 Xi’an ---

25 Mac 2014, selepas 13 jam di dalam keretapi, alhamdulillah, kami selamat sampai di Stesen Keretapi Xi’an. Kiri kanan laluan keretapi hanyalah kebun-kebun sayur yang terbentang luas. Iklimnya sejuk. Smile Bukan itu sahaja, ada juga gunung ganang. Nyaman suasana.

DSC03192
DSC03195
DSC03198

Ulat, kereta sapu, teksi, agen dan bermacam-macam lagi. Itulah yang ditempuhi sebaik sahaja keluar dari pintu gate stesen keretapi ini. Pelbagai tawaran. Terdapat beberapa kertas nama yang dipegang oleh agensi-agensi atau hostel-hostel yang sedang menunggu customer diaorg. Mata aku juga ligat mencari nama aku. Sebenarnya, masa di Beijing lagi, aku dah e-mailkan pihak hostel. Sambil melihat-lihat tu, kami terus diasak dengan pelbagai tawaran. Ada yang pandai cakap omputih. Apapun, kami tidak terpikat kerana tak faham.

Terus menunggu………….. sehinggalah ada seorang minah ni dengan baiknya menyapa dan bertanya. Dia pandai cakap omputih. Dia tidak mendesak dengan tawaran perkhidmatan tapi ia sedang memberi maklumat. Haaaaaaa……nampak tak taktik dia. But, the strategi is work.

Dia menceritakan suasana di sini bla….bla….bla….. last sekali, dia bagi card. Hahahahahaha…….mulanya aku ingatkan dia orang biasa, rupa-rupanya dia juga ejen. Kemudian dia terus offer perkhidmatan beliau. Aku tertarik sebab dia sering kali cakap, its ok if you don’t want. I’m just shared and telling you. If you need, just tell.

Akhirnya, dalam berbual-bual tu, kami beritahu la destinasi hostel. Dia pun kata, yes, I know that hostel. Not far. just round or corner. Pastu, dia nyatakan kadar tambang van. Akhirnya, kami pun setuju.
Maka, berjalanlah kami menuju ke van. That lady keep talking telling about pakej and interesting place. Actually, kami masih ragu-ragu dan takut sebenarnya. Antara sebab kenapa kami menerima tawaran beliau adalah kerana, katanya, ‘sometimes pihak hostel tak datang ambil…….’.

Sesampai di van, aku terkejut sebab van dia besar dan macam tak sepadan dengan nilai tambang yang murah itu dan kami 3 orang sahaja. Aku mula syak sambil berkata pada 2 orang rakan aku samada kita akan diculik. Hahahahahaha….nampak tak betapa negatifnya fikiran aku. Ada logiknya juga dengan senario terbaru berkaitan #MH370.

That lady very nice, pastu suruh kami letak beg dalam vannya. Owh…ya! Aku terlupa. Masa kami berjalan tadi menuju ke van ni, ada seorang lelaki around 40an juga follow. Aku ingatkan geng lady tu. Suddenly, mereka macam bercakap dalam bahasa China dalam high volume gak la. Kami dah macam, ‘what happen nih?’. Orang tu pun blah dengan dengan agak tak puashati gak la.

Ok….sebelum nak naik van tu, that lady macam boleh baca riak aku seakan-akan tidak percaya dengannya sementah lagi dengan adegan tadi. Dia terus convince kan kami. ‘Don’t worry. You can trust me.’ Hahahahahaha…… Ok, naik la kami. Dalam van, lady tu pun story teantang kes tadi. Katanya, ‘ lelaki tadi mendakwa bahawa, kami ni adalah pelanggannya.’ Kami macam terkejut. Aku cakap, ‘kami tak kenal dan tak tahu’. Katanya lagi,’kami dah deal dengan dia. Sebab itu dia follow kami’. Bertambahlah kerut di dahi kami. Lady tu cakap lagi, ‘lelaki tadi cakap, dia dah curi pelanggan. Itu yang macam nak gaduh tu tadi’. Sambil itu, lady tadi menasihati bahawa kadang-kadang, itu semua taktik.

Dalam perjalanan tu, lady tu masih lagi bercerita tentang pakej. However, kami beritahu tentang situasi kami yang tidak berduit ini, Namun begitu, semangatnya tetap kental. Beliau beralih kepada pakej yang murah pula. Hahahahahaha……

15 minit kemudian, kami pun sampai. Fuhhhhhh…!!! Debaran tadi berakhir juga. Selamat tiba. Kami mengucapkan jutaan terima kasih. Kami memberitahu yang beliau, ‘….you are very nice lady and good service….’. Kami pun bayar. Tak hinggat berapa dan kad pun hilang tah mana. Sebelum beredar tu, dia masih berharap. Katanya, jika nak, contact jer. Anytime….

Han Tan Inn, hostel kami di Xi,an. Kami pun check-in. Aku sempat bertanya, tentang email yang aku send untuk di pick up. The lady macam agak terperanjat. Lebih kurang macam ni, ‘…eh…! tak ada orang pergi ambil meh…? Saya sudah beritahu itu driver lor. So, how u came here?….. '. Aku cakap, ‘datang dengan van’. The counter lady apologize about this happen. Omputih sangat aku tulih kan. Smile with tongue out

IMAG0378 2
DSC03232

Alhamdulillah, hostel ni nampak menarik terutama di bahagian entrance dia. Ada macam-macam warga pernah menginap di sini. Ada juga offer-offer, makanan, event, trip dan bermacam-macam lagilah. Kami di bawa naik ke bilik. Hostel ni terletak di satu lorong kecil. Jika kat Malaysia, suasananya macam horror la. Tapi sini ok jer. Terdapat satu lagi hostel dalam lorong ini. Rasanya satu owner. Hihihihihi…..
Korang tinggal dalam satu bilik ker? Campur laki perempuan?

Yup….betul, kami sebilik. Nampak tak ada 3 katil tu. Jika kat Malaysia, memang dah kena tangkap khawat dan berkemungkinan aku akan dapat 2 bini sekali gus. Hahahahahahaahahahahahaha…….. But don’t worry, kami tak buat apa-apa pun. Kami masih menjaga batas-batas. Eeeeeeeeeeee…….jawapan macam gedik jer kan, Kahkahkahkah……. Smile

Nak explain pun malas. Bagi mereka yang pernah dan selalu travel tu, faham kot. However, kita sebagai muslim, adalah di larang. Tak kisah la cakap, ‘tak buat apa-apa pun’. Dan aku mengaku ianya salah. Sebenarnya, sebelum datang ni, aku ada ajak member-member laki. Tapi masing-masing ada komitment. Maka, untuk jimatkan kos, maka campur juga lah. Untuk informasi, hostel ini juga menawarkan dorm 4-6 katil. Tapi kami ambil yang satu bilik 3 katil bagi keselesaan dan memudahkan kami.

Suka untuk aku sarankan, pada mereka yang berkelana tu, spend la duit lebih sedikit for penginapan untuk tidak campur lelaki dan perempuan. Atau, ajak teman sejantina. Gituuuuuuuu………

Ok, berbalik kepada hostel, suasana dalam bilik selesa cuma sempit sedikit. Sesuai dengan hargalah. Nak banding dengan Malaysia, tak mungkin dapat macam ini. Seriusly….. Bilik ni, satu kepala around RM30/seorang. Ada wifi, hot water, toiletries,  tilam empuk, selimut, bantal, tv bla…bla….

Kalau Malaysia, RM65 tu pun tak setanding dengan yang dapat nih. Mungkin orang cakap, barang Malaysia mahal. Hmmmmm……terpulanglah. In shaa Allah, one day, aku pun nak buat baget hotel gak. Kihkihkih……. mampuuuuuuu?

Buat pengurusan diri sebelum keluar jalan-jalan kejap lagi…

DSC03199
DSC03202
IMAG0380

Kami keluar berjalan-jalan, berpandukan map yang kami perolehi daripada kaunter hostel. Kami juga bertanyakan tentang bank sebab kami nak tukar duit. Alhamdulillah, kami berjaya tukar duit. Tapi bukan Ringgit. Yan menukarkan duit Korea dan Singapore.

Ok, just information, bandar Xi’an sebenarnya dikelilingi satu wall berbentuk segiempat yang dikenali sebagai City Wall. Wall ini dibina semasa zaman Dinasty Ming 1368-1644. Tujuan, tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai benteng pertahanan.

Wall ni memang sangat tebal. Terdapat 11 pintu masuk. Pintu utama 4. Lain-lain pintu mungkin sudah ditutup atau tidak digunakan lagi mengikut pelan pembangunan semasa.

Percaya atau tidak wall ni sebenarnya masih utuh dan kuat. Seolah-olah tidak makan dek zaman. Peredaran sudah berlalu. Perang pun dah tak ada. Wall ni dah jadi satu monumen pelancongan jer. Wall ini boleh naik ke atas dan mengelilinginya dengan berbasikal atau berjalan. Pilihan kena tanya kocek lah. Hahahahahaha…….

IMAG0379

City Wall merupakan antara lokasi yang akan kami jejaki. Maka, selepas selesai berurusan di bank, kami pun berjalan menuju ke South Gate of City Wall. Kenapa South? Sebab gate tu paling dekat dengan hostel. Haish…….

Dalam perjalanan nanti, kami melalui Provincial people’s Government dan Bell Tower yang berada di tengah-tengah bulatan. Jangan bahayakan diri dengan melintas seperti ayam jika hendak ke sana. Sila guna laluan bawah tanah. Menariknya laluan bawah tanahnya ialah besar dan macam supermarket. Ada kedai, kiosk dan macam-macam lagi. Kaunter tiket untuk nak naik Bell Tower pun dari bawah juga.

DSC03206
DSC03209
Bell Tower
DSC03210 2

Dah hampir sampai South Gate. Seberang jalan tu jer. Dah nampak. Tapi kami berhenti makan buah nenas dulu sebab terliur tengok orang jual. Buah-buahan jer kami berani beli. Sebenarnya lapar dan dahaga.

Setiba di South Gate, kami berbincang samada nak naik atau tidak selepas terbaca harga tiket yang sangat mahal. Kata sangat mahal berikutan kami pun sememangnya tidak cukup duit tunai. Maka, kami putuskan untuk tidak naik hanya. Sekadar menjejakkan kaki jer. Huhuhuhuhuhu….sedih tak? Haruslah kecewa. Jauh datang maaaaa….. Gambar harga tiket dalam handphone yang hilang tu. Sorry…..

Sebenarnya, kami tersalah baget bawa duit tunai. Kami tidak mengira duit tiket keretapi. Maka, sebahagian besar tunai telah pergi ke tiket keretapi yang sememangnya mahal itu. Itu yang shot.

DSC03212
South Gate of City Wall

Bagi mengubati hati yang kuciwa ini, kami menyelusuri Shu Yuan Men Ancient Street. Di jalan ini terdapat kedai-kedai menjual alatan seni dan kraftangan. Macam-macam ada. Herge, tak tanya plak sebab memang tak nak beli pun. Hihihihihi…….

Di hujung jalan ini ialah Beiling Museum. Juga tak masuk kerna tidak menarik perhatian. Hahahahahaha…….. Dari situ, kami belok kiri dan menyelusuri lagi laluan yang sibuk dengan motosikal dan basikal itu. Kiri kanan ada macam-macam kedai. Kedai makan, keai cat, kedai hardware bla….bla….bla……

Kami jumpa satu kedai muslim dan berhenti makan. Ya Allah…..time tu aku rasa macam syukur sangat. Perut dah berbunyi-bunyi dari tadi. Hahahhahaha…….. Kami order, ____(tak hinggat nama makanan)___ 2 pinggan. Nafsu punya pasal.

Makanannya berintikan daging. Rasa masin-masin. Aku bantai je lah selagi bukan sayur. Oh…ya..! Satu lagi kebiasaan jika makan di sini ialah, tidak ada air minuman. Maksud aku, tak ada air bancuh seperti kopi ais, milo ais dan sealiran. Yang ada samada air botol dari peti, teh  panas percuma atau air panas. Satu lagi arak. Masa makan kat kedai sini, dia automatik sajikan air daun the dalam teko panas. Aku suka teh cina.

Sambil makan, kami sempat bergurau mesra dengan tokey kedai makan tersebut. Omputih sikit-sikit. Dia suka sebab sesama muslim dan kami datang dari Malaysia. Untung jadi orang Malaysia. Hihihihihi......

Kami berjalan sehingga sampai ke hostel dan rehat….keletihan berjalan…… zzzzzzz…..

DSC03214
Shu Yuan Men Street
DSC03216
DSC03217
DSC03218
Beiling Museum
DSC03219
DSC03226 2

Selesai Maghrib, kami keluar berjalan menuju ke Muslim Quarter. Muslim Quarter merupakan pusat jualan makanan halal yang terbesar di dalam Wall City. Kira macam HALAL HUB la gitu. Disamping Quarter Muslim, apa yang menjadi daya tarikan untuk kami ke sana ialah The Great Mosque of Xi’an. Sama seperti Nuijie Mosque, Great Mosque merupakan masjid lama dan tua di Xi’an ini.

Semasa berjalan-jalan mencari jalan ke masjid, kami terlajak dan berpatah balik. Kami tanya orang sambil buat takbir Allahuakbar. Baru diaorg faham yang kami mencari masjid. Haaaaaaaaaaaaa……

Sebaik sampai depan pintu masjid, kami dapati ianya tutup. Owh…..kami ingatkan dia macam terbuka. Boleh datang bila-bila masa. Hmmmmmmmm………. Hampa perasaan ini. Kami berpatah balik dan cari kedai makan sebab dah lapar.

DSC03234 2
Depan ialah Bell Tower, belakang Drum Tower di waktu malam
DSC03238
Laluan bawah tanah Bell Tower
DSC03240 2
DSC03241 2
Bermacam-macam aktiviti disepanjang jalan
DSC03244
Drum Tower, berdekatan dengan Muslim Quarter
DSC03245
DSC03246
DSC03253
DSC03254
DSC03255
DSC03257
DSC03258
DSC03259
DSC03263
DSC03264
DSC03266
DSC03267
DSC03268

Terdapat banyak kedai-kedai di Muslim Quarter ini. Bukan orang muslim sahaja yang datang ke sini, malah yang bukan Islam juga datang untuk makan di sini. Selain makanan, barangan keperluan harian yang lain juga, boleh diperolehi di sini.

Asyik leka melihat pelbagai makanan yang terdapat di sini, aku terpandang sesuatu. Mulanya, aku macam abaikan. Tapi semakin banyak pula aku nampak di kedai-kedai makan. Rupa bentuk macam kaki khinzir. Aku dah macam negatif thinking. Jika kawasan muslim, kenapa ada jual khinzir. Ya Allah……

Aku berkata pada 2 orang member aku ni. Mereka pun macam terfikir juga. Lama juga kami jalan dan berfikir, akhirnya dapat jawapan. Ianya bukannya khinzir tapi kaki kambing yang telah disiat kulitnya. Hahahahahahahahahahahahahaha………..

DSC03269
DSC03270
DSC03272
DSC03273 2

Ok, kaki dah letih berjalan. Kami pulang……… zzzzzzzzzzzzz

2 comments:

  1. la... sampai sini je ke cerita bejing ni.... x da sambungan ke.....
    nak la tau.... nnti senang masa nk gi sana bln 12 ni.... hu hu hu....
    tergantung la cerita ni cikgu....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...