24.10.14

--- Episod 2 : Berhid–Yong Yap–Bubu–Tok Nenek (ikan keli dan a le utoo) ---

Perkongsian tip !

Semasa membeli beg hiking, perkara yang perlu dititikberatkan ialah kesesuaian dengan body. Terutama pada bahagian pinggang. Jika kita menggalas beg, beban perlu dialihkan pada bahagian pinggang / atas pinggul. Bukannya pada bahagian bahu. Jika beban pada bahagian bahu, bermakna salah setting atau beg tersebut tidak sesuai.

23 Oktober 2014, selamat pagi semua. Nyenyak tak tidur semalam? Selesa tak? Ok, selesa atau tidak, not my problem. Hahahahaha……. Nak selesa, dok umah k.

Jam 6.00 pagi dah kedengaran suara David dan wiselnya meminta kami bangun. 6.45 pagi, lagi sekali kedengaran suara David dan wiselnya. Haaaaaaa…..barulah kami bangun. David time tu dah lipat-lipat pun khemah dia. Arghhhhhhhhhhhhh……………….!!!

Aku pergi cari port nak membuang then mandi. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…….sejuuuuuukkkk….!!!

Kami punya chef sedang giat mempersiapkan breakfast dan lunch pack. Pagi ni makan mee goreng basah. Lunch pack pula nasi goreng. Sedap tak? Berani cakap tak sedap. Hahahahahaha…….

Taklimat oleh gogo sebelum memulakan perjalanan atau pendakian. Kata gogo, hari ini, kita target Yong Yap dan bermalam di puncak. Sebelum itu, kita akan mendaki ke puncak Berhid melalui trek Y. Jika ikut perancangan asal, kami akan melalui Kem Balak Pecah. Namun, atas nasihat Pak Dak, ikut Y sahaja kerana lebih mudah berbanding Kem Balak Pecah. Ok…! Kita follow Pak Dak.

Bacaan doa dan gerak. Pak Dak, David, Bad, Awi dan tak ingat sapa tah, dah gerak. Laju dia orang. Cakap gerak jer, hilang terus. Pak Dak pula kata dia tunggu kat simpang. Gogo tanya, simpang tu kat mana? Pak Dak kata, ‘depan tu jer’.

20141023072606

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Kami pun yang siput-siput hijau ni, baru la nak gerak. Pak Dak cakap depan tu jer tapi mana tah simpang tu. Ingatkan depan tu jer masa dia tunjuk. Tapi……hmmmmm……

Gogo cakap trek hari ni santai dan tidak melalui air. Fuuuhhhhh….!!! Selamat.

Tapi masa on trek, dari mula sampai simpang, berjalan dalam sungai jer. Layankan ajer. Masa perjalanan dari Kem Y Kecil ke simpang, lebih kurang sejam lebih jer. Jam 10.27 pagi kami sampai di simpang.

20141023103429

SONY DSC

SONY DSC

Drop beg. Free body naik ke puncak Berhid. Bawa kamera, air, monopod, jajan dan apa-apa yang difikirkan penting dipuncak jer. Pacak ni sampai puncak ye. Sila layan diri.

Pendakian yang memacak ini mengambil masa sejam lebih. Itu masa bagi pendaki yang macam aku ni. Yang geng Pak Dak, David, Awi, Bad tu semua pantas sangat. Rasanya kurang sejam kot dia orang dah sampai puncak.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di puncak Berhid. No pemandangan di puncak ok. Beirut pun tak ada. Nak tengok view, ada la di celah-celah semak sikit tu. Hihihihi…..

Aktiviti bergambar bermula. Aku dapati ada satu trademark bebudak nih. Terutama Ayat. Mesti nak buat love. Kata mereka, itu memang trademark diaorg. Ooooooo…….. ok. Surprised smile

20141023115422

20141023120339

IMAG1060

IMAG1061

IMAG1062

IMAG1063

IMAG1064

IMAG1066

IMAG1067

IMAG1069

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

IMAG1072

IMG_9364

Dah puashati? Puas atau tak, kena turun juga sebab nak pergi Yong Yap pula. Kata gogo, 2 3 kali lembah, pastu terus naik. Hmmmmm……..whatever. Jangan caya sangat. Hihihihi……

Setiba kami di bawah, kami lunch dan solat.

Turun naik…turun naik….pastu masuk lubang tikus bagai, kami pun tiba di Simpang Yong Yang (4.00 petang). Ke kanan ke puncak Yong Yap, manakala kiri nak pergi Puncak Bubu dan Tok Nenek.

Trek menuju ke persimpangan ni, memang pacak dan melalui mossy forest yang sangat sukar. Faham-faham je lah mossy forest ni. Treknya berlumput dan berakar-akar. Masa naik tu macam ok lagi. Nanti nak turun, memang azab la. Bagi yang gayat, sangat tidak disyorkan… Eh..! Hahahaha….. Boleh jer kalau nak pergi. Cabar ketakutan anda.

Selain itu, banyak nak kena bongkok sebab dahan pohon yang rendah. Seteres ok. Paling mencabar, lubang tikus. Memang tak muat dan krem kaki aku. Nak melepasinya ada kaedah. Jika tidak, kena pas dulu beg. Hmmmm……

Dalam pendakian ini, melalui satu view area yang boleh melihat puncak Berhid tadi. Owh….hujan juga turun renyai-renyai masa on trek ini. Walaupun hujan, tetap nak snap gambar berlatarbelakangkan Berhid. Kenangan katanya. Muka penat jelas kelihatan. Aku bernasib baik follow belakang Abang Man. Hihihihihi….strategi….

20141023153746

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Setelah pelbagai rintangan pendakian kami harungi, kami pun sampai di puncak Yong Yap sebelum jam 6 petang. Alhamdulillah… Dirikan khemah.

Untuk rekod peribadi, ini 2nd time aku sampai puncak Yong Yap. Dulu gred G7 kat sini gak. Ingatkan dah takkan datang lagi, rupa-rupanya, datang lagi. Hihihihi….

Sebelum matahari terbenam, kami layan view dulu tapi awan agak tebal. Tapi takper. Ni pun dah kira puashati. Puncak ini juga bukan 360 degree view.

Ada ketikanya, tak dapat guna camera aku sebb lens berkabus…… huhuhuhu…… Terpaksa la guna handphone jer.

Sekitar jam 6.30 petang, team pendaki yang satu lagi tiba di puncak Yong Yang. Mereka dari Kem Berlumut. Tahniah juga diucapakan.

IMAG1078

IMAG1085

20141023174000

IMG_9368

20141023174539

IMAG1088

IMAG1091

IMAG1093 copy

IMAG1096

20141023175101

20141023175125

20141023175147

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

20141023184322

20141023184556

20141023184742

20141023185052

20141023185144

20141023185645

IMG_9377 copy

Orang dapur tidur sekejap sebelum memulakan aktiviti memasak. Penat katanya. Ok…..

Selesai Maghrib, khemah dapur agak meriah. Maklum la cuaca baik hari ni. Maka bolehlah kami berlegar-legar di serata puncak. Hihihihi….. semalam kat Kem Y Kecil, semua dok dalam khemah jer. Hihihihi…..

Sambil-sambil masak tu, kami bergurau senda like a family gitu. Kat sini bermula cerita tentang ‘keli’. Jika tak salah, dah mula awal lagi cuma kurang viral. Memandangkan kat khemah time tu ramai, maka, dah mula viral. Siti sangkakan ‘keli’ betul tapi rupa-rupanya keli lain. Siaaannn……!!!

Satu lagi term yang viral ialah ‘a le utoo’. Ejaan mungkin berbeza tapi bunyi dan maksud, semua faham rasanya. Seriusly, aku pun pada mulanya tertanya-tanya, apo bondo? Tapi aku tidaklah tanya. Orang gelak, aku pun gelak la. Layankan jer.

Sambil menolong memasak tu, diaorang berbual tentang istilah N9. Ada satu perkataan, ‘bongek’. Aku teringat member aku selalu sebut. Dengan confident aku buat la ayat, “…jangan nak membongek…”. Aduhhhh…!!! Malu aku time tu sebab maksud dia lain. Yang aku maksudkan ialah, “bongak”. Kahkahkahkah……. Saja jer buat punch line.

Selesai isi perut, ada yang dah tidur dan ada yang berkumpul di unggun api yang dibuat oleh Bad sambil berborak. Aku macam malas nak keluar khemah dah time tu. Si Yam dan Ayat datang kat khemah sambil berkareoke lagu yang dipasang oleh Siti. Hmmmm…… segmen kareoke katanya.

Arep dah sleep. Abg Man juga dah sleep sebab keletihan…

bersambung…

Episod 1   Episod 3   Episod Terakhir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...