Hari seterusnya, kami kembali ke Kemaman. Sampai di Kemaman dah malam dan kami tidur di opis Tuan Haji. Masa kami sampai tu, terdapat sebuah lori yang sarat dengan barang bantuan yang bakal diedarkan. Katanya ada 3 truck tapi 2 truck dah menuju ke Kelantan.
03 Jan 2015, jam 8.00 pagi kami dah mula ke base. Hujan renyai-renyai. Kami mula memunggahkan barang turun dari lori untuk proses agihan. Berkotal-kotak air minuman. Selain itu terdapat juga banyak pakaian yang disumbangkan.
Selain dari makanan, terdapat juga bantuan berupa pakaian terpakai. Haaaaaaaaaaa….bab ni macam nak shared sikit la. Masa dok kemas-kemas dan mengelas pakaian, macam-macam jenis pakaian yang dapat. Itu takper tapi cuba korang bayangkan, boxer terpakai pun orang derma.
This is not about condemn bantuan tapi agak-agak la kan. Ada yang bagi baju kebaya sendad, tight terkoyak, seluar budak yang getah dah longgar dan macam-macam lagi. Termasuk pakaian dalam wanita. Korang sendiri rasa macam mana? Nak hulurkan bantuan pun molek-molek la. Kan Nabi bagitau, kalu nak bagi hadiah tu, bagi sesuatu yang kita sendiri suka dan sayang. Bukannya bagi kain buruk. Sabor je lah.
04 Jan 2015, pagi ni sekitar jam 10, team kami bergerak menuju ke Pasir Gajah. Kawasan ini antara kawasan yang teruk dilanda banjir. Masa aku kat situ, kelihatan takat atau paras air banjir pada pokok-pokok kelapa sawit. Memang tenggelam la kawasan ini.
Susah nak gambarkan dengan kata-kata. Korang kena tengok sendiri dan cuba bayangkan. Mereka begitu tabah menghadapi dugaan.
Selesai pengagihan bantuan, aku, Amin, Siti dan Naz meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Ribuan terima kasih kepada Shameera and team kerana sudi bagi kami join. Terima kasih juga pada keluarga Shameera terutama ayahnya kerana sangat sangat baik hati. Beliau juga sanggup menutup kedainya bagi melancarkan proses pengagihan bantuan ini. Segala jasa anda hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Terima kasih pada semua sahabat-sahabat……… Allah jua Maha Membalas jasa kalian….. amin…..
No comments:
Post a Comment