Saturday, April 4, 2015

--- Batu Nenek Buau, Pulau Pemanggil ---

Ke mana kita minggu ini? Ceeehhhhh!!! Macam la setiap minggu aku berjalan-jalankan. Hahahaha….

Dah lama rasanya tak update entry tentang aktiviti luar pintu. Alhamdulillah….minggu ni dapat juga ber luar pintu. Minggu ni, aku bersama member ke Pulau Pemanggil. Yeaaahhhh….!!!

Sedikit info tentang Pulau Pemanggil. Pulau ini terletak dalam Taman Laut Negeri Johor, daerah Mersing. Jarak? Hmmmmm……jaraknya secara tepat dalam kilometer, aku tak tahu. Laut kena la ukur dalam unit batu nautika kan. Itu korang boleh google atau dapatkan info dari Jabatan Laut ok. Masa perjalanan? Ok, dalam keadaan laut tenang, dalam sejam lebih dah boleh sampai. Korang boleh naik dari Jeti Mersing jer. Kos? Hmmmmm….banyak soalan kan korang. Hahahahaha….. Ada banyak bot yang boleh membawa korang ke pulau-pulau. Pilih sahaja. Yang penting, duit. Nak murah ada, nak mahal pun ada. Nanti aku akan shared kontek number kat bawah ok. Teruskan membaca. Hihihihi……

Owh….korang juga boleh google map untuk tengok Pulau Pemanggil… Red rose

Pada masa dan ketika ini, aku bergerak dari Pulau Aur. Dengan bantuan seorang kawan yang bekerja di Pulau Pemanggil, satu speedbot dengan enjin 40hp berjaya di adjust untuk datang ambil. Terima kasih sesangat pada Atiff dan Jimi (tekong bot).

Dari Pulau Aur ke Pulau Pemanggil, memakan masa kurang sejam dengan keadaan air laut yang lenang. Yup….lenang ok. Kalau air tak lenang, memang aku sendiri takkan pergi ke sana. Hahahaha… Thinking smile

Bergerak dari Pulau Aur sekitar jam 9.15 pagi dan tiba kurang jam 10.00 pagi. Kami tidak terus menuju ke Kampung Buau, tetapi kami mengelilingi pulau terlebih dahulu. Yup….under pakej katanya. Hahahahahaha…

Sepanjang perjalanan dari Atif banyak berkongsi cerita tentang Pulau Pemanggil. Kelihatan beliau begitu arif. Rasa beruntung sangat dapat tour guide yang sporting. Hihihihi….. Di samping cerita dari Atif ni, korang juga boleh baca tentang sejarah pulau ini di link, Sejarah Pulau Pemanggil.

DSC03259

DSC03262

DSC03264

DSC03266

DSC03271

DSC03275

DSC03278

DSC03280

DSC03282

DSC03286

DSC03288

Semasa mengelilingi pulau ini, Atif membawa kami ke satu lokasi di mana terdapatnya sebuah kapal yang karam. Kapal tersebut dikenali sebagai Lancang Kuning. Dari permukaan air, kelihatan 3 corong asap kapal tersebut.

Pada mulanya, masa Atif beritahu tentang Lancang Kuning, aku terfikirkan sebuah kapal besar kayu zaman Melayu dulu. Ala ala filem Lancang Kuning la kan. Tapi sebenarnya ia merupakan kapal besi. Kenapa nama Lancang Kuning? Hmmmmm…entahlah. Sejarahnya tenggelam bersama kapal tersebut. Mungkin kalau ada mesin merentas masa, boleh la kita tahu. Hihihihihi……

DSC03289

DSC03291

DSC03293

Semasa mengelilingi pulau ini juga, kami dapat lihat banyak tempat berlakunya tanah runtuh. Runtuhannya agak besar. Kebanyakkan kejadian ni berlaku masa hujung tahun lepas. Alaaa….time Pantai Timur kena musibah aritu. Jangan ingat Kelantan jer teruk, kat pulau pun menerima nasib yang sama.

Sebuah rumah penduduk kampung pulau ini turut ranap di timbusi dengan tanah dan batuan besar dari atas bukit. Nanti jika berkesempatan, kami pergi tuk buat liputan. Hihihihi….

DSC03301

DSC03304

DSC03310

Batu Nenek Buau boleh kelihatan dari arah jeti. Batunya begitu besar dan gah. Itulah puncak yang bakal kami jejak. In shaa Allah.

DSC03311

DSC03316

DSC03318

DSC03322

DSC03324

DSC03326

DSC03327

DSC03328

DSC03329

DSC03330

DSC03331

DSC03333

DSC03335

DSC03336

Selamat tiba di jeti Pulau Pemanggil…. Atif membawa kami jalan-jalan sekitar kampung dan minum. Balik berehat di rumah beliau. Petang ni ada aktiviti mendaki Batu Nenek Buau.

Di pulau ini terdapat sebuah sekolah rendah, SK Pulau Pemanggil. Kecil jer sekolahnya. Menurut Atif, tahun ini bilangan murid adalah 4 orang sahaja. Hahahahaha…… Guru pula 7 orang. Semua lelaki. Owh….lupa nak beritahu, Atif juga merupakan guru di sekolah tersebut. Hahahahaha….. So, no wonder la dia tahu semua maklumat tersebut. Open-mouthed smile

Tak solat Jumaat ker? Very the good question. Pulau ini mempunyai masjid tapi solat Jumaat tiada kerana bilangan qariah yang tidak mencukupi.

Jam 2.30 petang, kami mula berkumpul untuk mendaki. Guide kami petang itu ialah Jimi. Beliau merupakan anak kelahiran pulau ini. Pendakian ini juga turut disertai oleh seorang anggota Marin, John dan seorang Jururawat Masyarakat, Nad.Bukan Nad Zainal k. Itu lain.

Maka bersemangatlah kami mendaki. Namun tak sampai separuh pendakian, dalam 2 3 kali berehat, Nad dah tak mampu meneruskan pendakian. Injured. Kekejangan kaki katanya. Beliau minta kami terus mendaki dan tinggalkan sahaja beliau di situ. Naruto selalu berpesan, jangan sesekali meninggalkan rakan sepasukan. Maka kami ambil keputusan untuk patah balik. In shaa Allah, esok daki semula.

DSC03338

DSC03341

DSC03345

DSC03348

DSC03351

DSC03354

DSC03358

DSC03359

Balik berehat sekejap dan petangnya kami ber snorkeling di pantai…

DSC03362

DSC03365

DSC03366

Keesokkan pagi, 4 April, jam 7.00 pagi, kami sudah bersiap-siap dan bersarapan di kedai Pak Long. Sambil itu, kami menunggu Jimi dari Kampung Sulit untuk datang ke sini. Harapan hari ni dapatlah kami sampai ke puncak. Ada hikmah. Hanya Allah sahaja yang tahun rancanganNya.

Suasana pagi di tepi pantai sungguh tenang. Langit membiru. Nyaman… Petanda, in shaa Allah pendakian pagi ini berjalan dengan lancar.

DSC03367

DSC03368

DSC03369

DSC03370

DSC03371

DSC03372

DSC03375

DSC03377

DSC03378

DSC03380

DSC03381

DSC03384

DSC03385

DSC03386

Selepas satu jam lebih pendakian, kami pun sampai. Jam menunjukkan 9.35 pagi. Bukan sampai di puncak tapi sampai di lokasi batu. Dari situ agak ekstrem untuk naik. Pendaki perlu menggunakan tali.

Perasaan sangat lega dan teruja takkala kami menghampiri puncak. Pemandangan sangat indah. Rasa puas. Alhamdulillah…

DSC03392

DSC03393

DSC03396

DSC03398

DSC03399

DSC03400

DSC03402

DSC03403

DSC03404

DSC03406

DSC03407

DSC03410

DSC03411

DSC03412

DSC03414

DSC03416

DSC03417

DSC03418

DSC03423

DSC03426

DSC03437

DSC03443

DSC03444

DSC03446

DSC03449

DSC03451

DSC03453

DSC03454

DSC03456

DSC03457

DSC03459

DSC03461

DSC03462

DSC03464

DSC03466

DSC03467

DSC03469

DSC03470

DSC03471

DSC03473

DSC03474

DSC03476

DSC03477

DSC03478

DSC03480

DSC03482

DSC03485

DSC03487

DSC03488

DSC03489

DSC03491

Selesai pendakian, kami turun dan lepak di kedai makan sambil minum air kelapa.

Jam 2.30 petang, aku dan member pulang ke Pulau Aur. Terima kasih banyak-banyak kepada Atif, Jimi, Anu, Hakim, Naza dan Sem yang meraikan kami seadanya. Sangat menghargai. Terima kasih sekali lagi.

Bagi mereka di luar sana yang ingin merasai suasana kampung di Pulau Pemanggil ini, anda boleh menyewa bot di Jeti Mersing. Atau boleh contact Jimi (+60137508117) dan Atif (+60197344463) untuk nego harga bot dan pakej jalan yang menarik. Nak tanya info pun boleh. Sana pun ada chalet. Don’t worry.

6 comments:

  1. cantik kampung n pulau ni! baru gi sana last week.. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Gambar2 yg ada dlam ni banyak bantu saya untuk memahami Pemanggil. Saya ada job kat pemanggil berkaitan jeti baru so kena buat kerja sikit dlm laut betul2 sebelah jeti sekarang. Survey data tak berapa ok so bila i dapt ur foto banyak sangat membantu.

    Razip RBI Group 01115654475. Semoga tuhan merahmati mu pemilik blog .....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...