2.10.15

--- Gunung Datuk, kenangan terimbau kembali ---

Hmmm…gunung ni antara gunung yang banyak memori. Memori mendaki di zaman study. Gunung Datuk  menjadi gunung wajib dalam latihan setiap kali ada projek mega. Contoh, xpdc TransTT, V2, CUS, XGuKilu dan banyak lagi. Minggu study pun sempat mendaki gunung ni konon-konon nak hilangkan stress. Result exam hampeh jugak. Hahahahahahaha……..

Merupakan gunung pertama aku daki dan menjadi titik permulaan aku dalam aktiviti ini. POLISAS 2000.

Hari ni…..syukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk kembali mendaki gunung ini. Kali ini aku bersama-sama dengan sahabat saya, Azizah dan Linda. First time jumpa Linda, aku ingatkan dia individu biasa. Aku dok panggil Lin…Lin…Lin jer. Tapi sebaliknya ok. Biarlah rahsia. Kihkihkih…

Dari Pontian, kami bergerak jam 4.00 pagi. Subuh di RnR Ayer Keroh. Exit Simpang Ampat. Roundabout ambil jam 2. Terus hingga simpang tiga. Belok kiri. Kami breakfast dulu kat medan selara situ. Lokasi wajib kalau ke Gunung Datuk waktu pagi. Mulanya nak breakfast di RnR. Tapi u all tahu la makanan di RnR. Hmmmm….

Then dalam 10 minit gerak, masuk simpang kanan dan sampai kaki gunung. Sebenarnya, semua yang aku sebut dah ada signboard. Hahahaha….follow jer.

So different la jalan nak masuk ke kaki gunung. Dulu penuh dengan pokok-pokok getah. Sekarang dah cerah. Jalan tar jer sama.

Satu lagi istimewanya gunung ini ialah mengingatkan program xplorace baju oren. That program di buat ala-ala amazing race k. Ada task….kami kena pergi ke Tesco cari barang…..dapat duit…beli tiket bus ke tampin….tebar roti canai….cari maklumat sejarah setempat….terus ke kaki gunung….dan macam-macam lagi. Seriusly……best giler. Malam tu kami khemah kat kaki gunung. Ada game Buaya Biawak dan Pasar Malam. Satu trend SRM masa tu ialah, setiap camping, wajib ada malam kebudayaan.

Mendaki ni bukan hanya sekadar menjejakkan kaki di puncak semata-mata. Tapi build up our character, friendship and attitude. Itu throwback…..hahahahahaha…..

Ucapan TERIMA KASIH pada senior-senior aku pada masa tu. Tidak lupa pada Che Pul and the gang. You all the best.

Setibanya kami di kaki gunung, tiada siapa. Maklum la, hari Jumaat. Siapa nak mendaki kan. Jumaat hari kerja kot. Kami buat persiapan ringkas. Mula mendaki.

Trek kini lebih mudah apabila sudah ada papan tanda. Terima kasih pada organisasi pendaki yang membuat kerja-kerja amal ini.

Setiap pendaki perlu mendaftar dan membayar yuran pendakian RM 5 sebelum mendaki. Tapi orang tiket takder. So kami redah jer.

Trek gunung ni pada mula-mula tu memang pacak. Pacak sampai ke kerusi rehat kat atas sana. Lepas dari tu dah ok sikit. Berapa lama pacak? Mmmmmm…itu terpulang pada setiap individu. Cepat melangkah, sekejap jer. Lambat ko langkah, 3 jam pun boleh masa kat situ jer. Huhuhuhuhu…. Jarak rasanya kurang dari 500 meter jer.

Pendakian kami mengambil masa 2 jam lebih sedikit. Tiba dalam jam 9.50 pagi. Kedengaran sedikit guruh di langit. Itu tananya apa? Hihihihi….

Owh…masa kami mendaki tu rupanya ada seorang pendaki. Sorang-sorang mendaki. Kami jumpa masa berhenti berehat di kerusi rehat. Dari PD. Katanya buat training untuk ke Rinjani. Wow…amazing.

Tanpa berlengah, kami terus naik ke puncak batu. Wow…..apa pun tak nampak. Hahahahahaha….kabus ke jerebu ni? Rasa ada titisan air. Azizah cakap 15 minit jer kat puncak. Then turun. Baru 2 3 keping snap, hujan dah mula turun. Kami laju-laju snap dan turun. Kilat tetiba sabung menyabung dan guruh berdentum dengan kuat. Apa lagi, angkat kaki la.

Ada 2 orang pendaki lelaki Chinese sampai semasa kami tiba di puncak.

Perjalanan turun sejam lebih jer. Hujan masih turun sehingga kami sampai di bawah.

Alamak…! Orang tiket dah buka kaunter. Huhuhuhu…… Beliau minta kami buat pembayaran RM 5. Hihihi….

Kemudian, kami membuat persiapan diri secara ringkas. Bilik airnya tak best. So kami mandi di RnR Seremban je lah.

Selesai pendakian…..alhamdulillah…

DSC02715

DSC02716

DSC02719 copy

DSC02720 copy

sdr

DSC02722 copy

DSC02725 copy

DSC02727 copy

DSC02729

mde

DSC02732

dav

DSC02733

DSC02734

sdr

dav

dav

DSC02735

DSC02741

DSC02745

dav

DSC02746

DSC02749

DSC02752

DSC02758

DSC02762

DSC02765

DSC02769

DSC02770

DSC02771

DSC02774

DSC02775

DSC02776

DSC02777

DSC02778

DSC02780

DSC02781

bty

bty

DSC02782

DSC02784

DSC02785

Lepak-lepak di The Curve sambil menunggu member seorang lagi untuk ke Gunung Senyum…

2 comments:

  1. suka baca blog ni.... dpt tgok byk gunung2 yg di daki.... saya pun gemar mendaki ....tp sekarang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaaa....sedaynya...jom mendaki sama2 k....hahahahahhaa

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...