Assalamualaikum guys...
Hahahahhaha....naper aku gelak? Sebab nak tergelak. Tu je. Tergelak sebab masa aku tulis tajuk yang ada part-part ni, terfikir, macamlah panjang sangat trip kali ni sampai berepisod-episod kan. Bagi yang nak baca, mesti dah mengeluh dan berkata dalam hati, 'kali ni berapa episod plak tak tahu la...'
Hahahahaha... Dont worry my friend. This is short vacation. Gambar pun tak banyak sebab aktiviti air. So chill jer k.
Ok, kami mula check out sekitar jam 8 pagi. Gogo minta kami berkumpul jam 9 pagi. Naik bot yang sama.
Kami pun cergas. Dalam otw tu, ada plak kayuhan menteri apa tah. So, traffic pun agak slow. Dalam masa yang sama, kami nak ke kaki Bukit Keluang untuk mencari spek Daus yang kehilangan semalam. Brand Oakley. Menurut Am, Oakley memang keluarkan satu jenis jer dalam dunia ni bagi setiap model keluarannya. Mmmmmm........
Nasib tidak menyebelahi kami. Spek gagal ditemui.
Cergas pula ke jeti. Actually, jeti dah tak jauh. Dalam area yang sama jer.
Gogo dah mula tanya ETA. Aku obviously memang tak tahu apa itu ETA. Then bila tengok-tengok pada google map tu, baru la faham. ETA mean, anggaran masa ketibaan or something like that la. Patut la dok tengok dalam cite omputih, bila Amerika hantar predator, akan sebut ETA. Mmmmmm.......so un-knowledge sangat aku kan.
Sekitar jam 9.15, kami dah melepasi jambatan. Kelihatan jeti penuh dengan manusia yang menunggu bot. That y i kureng skit bercuti time peak hour.
Tips untuk u all di luar sana, jangan la nak bercuti time peak hour. Seriusly, not good. Privacy tak ada. Nanti nak ambil gambar susah. Ada jer manusia yang lalu lalang. Some people say, time-time cenggini la harga murah.
Ye ke? Hmmmmm..... Terpulang pada masing-masing.
Laluan nak masuk ke jeti agak sesak dengan kereta, bas, lori, treller panjang, van, roda tiga, basikal, motosikal dan lain-lain. Call member yang lain dan berjaya untuk kumpul. Bersalaman dan berkenalan. Cergas menuju ke pejabat booking. Then parking kereta.
Percutian kali ni terdiri daripada Waqih (gogo), Jimmy, Far East, Nurul, Wan Diver, Johan (yummy), Epi, Raihan, Pian, Sheida, Daus, Merang, Ti, Pah dan aku. 15 orang semuanya.
Aina Holiday Sdn. Bhd. Itulah agent yang kami book untuk pakej percutian sepanjang 3h 2m di pulau. Daftar nama dan lepak menunggu bot.
Kakak di situ ada tanya, 'Abe tu ada offer apa-apa tak?'
'Offer apa? Tak der pun. Entah la, saya pun tak dengar apa-apa'. Kata aku.
Aku tanya kembali, 'Naper Kak?'.
'Owh, tak ada apa-apa', jawab Kakak tersebut.
Wan, jangan macam-macam. Snap apa tu?