30.4.16

--- Pulau Perhentian Part 1 ---

Assalamualaikum guys...

Hahahahhaha....naper aku gelak? Sebab nak tergelak. Tu je. Tergelak sebab masa aku tulis tajuk yang ada part-part ni, terfikir, macamlah panjang sangat trip kali ni sampai berepisod-episod kan. Bagi yang nak baca, mesti dah mengeluh dan berkata dalam hati, 'kali ni berapa episod plak tak tahu la...'

Hahahahaha... Dont worry my friend. This is short vacation. Gambar pun tak banyak sebab aktiviti air. So chill jer k.

Ok, kami mula check out sekitar jam 8 pagi. Gogo minta kami berkumpul jam 9 pagi. Naik bot yang sama.

Kami pun cergas. Dalam otw tu, ada plak kayuhan menteri apa tah. So, traffic pun agak slow. Dalam masa yang sama, kami nak ke kaki Bukit Keluang untuk mencari spek Daus yang kehilangan semalam. Brand Oakley. Menurut Am, Oakley memang keluarkan satu jenis jer dalam dunia ni bagi setiap model keluarannya. Mmmmmm........

Nasib tidak menyebelahi kami. Spek gagal ditemui.

Cergas pula ke jeti. Actually, jeti dah tak jauh. Dalam area yang sama jer.

Gogo dah mula tanya ETA. Aku obviously memang tak tahu apa itu ETA. Then bila tengok-tengok pada google map tu, baru la faham. ETA mean, anggaran masa ketibaan or something like that la. Patut la dok tengok dalam cite omputih, bila Amerika hantar predator, akan sebut ETA. Mmmmmm.......so un-knowledge  sangat aku kan.

Sekitar jam 9.15, kami dah melepasi jambatan. Kelihatan jeti penuh dengan manusia yang menunggu bot. That y i kureng skit bercuti time peak hour.

Tips untuk u all di luar sana, jangan la nak bercuti time peak hour. Seriusly, not good. Privacy tak ada. Nanti nak ambil gambar susah. Ada jer manusia yang lalu lalang. Some people say, time-time cenggini la harga murah.

Ye ke? Hmmmmm..... Terpulang pada masing-masing.

Laluan nak masuk ke jeti agak sesak dengan kereta, bas, lori, treller panjang, van, roda tiga, basikal, motosikal dan lain-lain. Call member yang lain dan berjaya untuk kumpul. Bersalaman dan berkenalan. Cergas menuju ke pejabat booking. Then parking kereta.

Percutian kali ni terdiri daripada Waqih (gogo), Jimmy, Far East, Nurul, Wan Diver, Johan (yummy), Epi, Raihan, Pian, Sheida, Daus, Merang, Ti, Pah dan aku. 15 orang semuanya.

Aina Holiday Sdn. Bhd. Itulah agent yang kami book untuk pakej percutian sepanjang 3h 2m di pulau. Daftar nama dan lepak menunggu bot.

Kakak di situ ada tanya, 'Abe tu ada offer apa-apa tak?'

'Offer apa? Tak der pun. Entah la, saya pun tak dengar apa-apa'. Kata aku.

Aku tanya kembali, 'Naper Kak?'.

'Owh, tak ada apa-apa', jawab Kakak tersebut.


Wan, jangan macam-macam. Snap apa tu?







Hmmm...aku dah macam syak sesuatu. Ni mesti ada apa-apa. Mesti ada something wrong. Time-time peak season macam ni, memang akan ada yang main tipu.

Sejam lebih kurang kami menunggu. Weather is too hot. Abe tu dah panggil dan bawa kami ke jeti. Katanya, bot dah sampai.

Tak sempat nak makan. Hahahahaha......

Perjalanan menuju ke pulau berjalan lancar. Lambungan bot sekali sekala membuatkan semua orang menjerit-jerit.

Destinasi kami adalah Long Beach, Perhentian Kecil.

"Waaaaaaaa....gagahnya abang ni angkat air....",kata Johan.















Sampai di sana, kami terus ke tapak perkhemahan. Cergas mendirikan khemah. Not too kondusif but its ok. Dah biasa.

Aktiviti hari ni adalah bebas. Nanti petang nanti sekitar jam 5, nak naik ke Windmill. That the hottest point must go sebab ia telah diviralkan. Aku sendiri tak tahu apa benda tempat tu.

Selesai mendirikan khemah, aku dan beberapa orang rakan walk along the beach. Saja nak tengok pemandangan. Banyak orang-orang tak cukup kain kat sini. Berjemur sana sini. Nak jalan pun susah. Kadang-kadang terpaksa langkah dan tersadung. Hmmmm....

Owh, kat sini terjumpa pula member instagram. Sebelum ni like pic-pic awesome dia kat insta jer. Tapi kali ni jumpa live. Baik orang nya. Tuff. Berbudi pekerti tinggi. Hai! Selamat berkenalan. Puit!!!







Selesai jalan-jalan pantai, singgah makan dan minum banana manggo shake kat satu kedai ni. Sedap...


Seperti yang dicadangkan, jam 5 petang, kami mula mendaki. Mendaki ker? Hmmmm.... Jungle trekking la. Ringan sikit. Hahahaha....











Kurang 15 minit, dah nampak pagar dengan kepala kipas. Waaaaaaaaa.....dah sampai.


Ok, baru paham. Rupanya benda alah ni adalah stesen janakuasa elektrik. Kincir angin ni dijadikan alat untuk menggerakkan turbin apabila ditiup angin dan menghasilkan elektrik. Selain kuasa angin, stesen ini turut menjana elektrik dari sumber matahari kerana terdapat panel-panel suria.

Berfungsi? Aku rasa tak. Kipas ni pun aku tengok tak berpusing. Disamping itu, kelihatan karat-karat pada kipas tersebut. Panel kontrol di bawah juga kelihatan sudah lusuh dan musnah.

Kawasan ni merupakan kawasan larangan. Namun begitu, terdapat lubang-lubang tikus yang telah lopong. Ada yang masuk melalui lubang pagar untuk ke sebelah sana. Ada juga yang masih ada nilai moral dengan melalui laluan luar.

Apa yang ada di balik sana? Hmmmm...korang tengok jer gambar. Aku nak terang pun dah kehabisan perkataan. Nak rehat jap.





































Ok, di bawah Lagoon point ni ada satu jeti simen yang sudah runtuh. Di hujung tersebut, boleh la kalau korang nak main terjun-terjun tiruk. Yang pandai berenang jer ok. Bawah tu dalam dan tinggi.

So, berhati-hati.










Jam 6.30 petang lebih kurang, ada tekong bot offer taxi bot untuk balik ke Long Beach. Malas nak menghadapi anak tangga yang beribu-ribu lemon, kami setuju je. RM10/head.

Tiba di Long Beach dan buat pengurusan diri.

Toilet ada dua jer. Jenuh beratur dengan beribu-ribu pelancong yang sama-sama mengambil pakej camping.

Aktiviti malam, barbeku kambing. Sedapnya kambing. Nak order? Kontek Pian.

Selesai makan, jalan-jalan sekitar pantai menuju ke sana sambil layan permainan api. Biasa jer.

Dalam perjalanan pulang ke khemah, singgah layan live band. Sedap suaranya. Tapi sayang sekali dah nak tutup. Baru jam 10 malam lebih. Hmmmm....

Malam tersebut, kami hampar fly di tepi pantai dan sleep........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...