1.6.16

--- Hari 4, Srinagar ke Leh, bahagian 1 ---

01 Jun 2016

Bangun pagi buat pengurusan diri. Aku settle dalam bilik air. Daus plak masuk bilik air. Aku start packing. Nampak buku yang Daus bawa di atas katil. Dalam fikiran aku, iye-iye lah Daus ni bawa buku bagai. Bila dia nak baca la gamaknya. Tapi takper. Niat nak membaca tu dah baik. Yang tak tahan tajuk buku, Sebelum Aku Bernikah. Apa kaitan dengan travel ke Kashmir ni? Masuk tak feeling tu?

Owh....aku dah faham. Sebelum Daus nikah, dia nak travel dulu seluruh dunia. Mungkin matlamat dia kot. Aku hanya berteka teki dengan diri sendiri. Malas la nak tanya Daus. Hahahahahahaha......

Owh...semalam pembantu rumah tu ada offer teh Kashmir dan kami setuju untuk beli. Dan seperti  yang diduga yang kami akan salah faham atau dia memang buat-buat tak faham, dia bawa pek besar untuk seorang satu. Wal hal dah cakap, kami nak satu jer. Maka terpaksa la ambil juga. Mahal plak tu. Adoiiii......


Macam biasa, auntie akan sedia breakfast dulu sambil melayan kerenah anaknya, Amir. Auntie tu memang mak-mak sangat. Dengan bising bagai. Biasa mcam kat umah kita mak suka jerit-jerit panggil anak-anak. Hahahahahahahaha.... Tapi rasanya itu memang budaya macam tu. Dengan dialek Hindi lagi. Memang Hindustan habislah. Hihihihi....

Kami punya driver pun dah bersiap sedia. Dia breakfast kat dapur. Tak sekali dengan kami. After that dia kata, kita mesti sampai Sonamarg in time untuk elakkan kesesakkan.

Macam biasalah, sebelum dan berpisah, kena la ambil gambar dulu. Terima kasih pada auntie dan grandmother.

Hmmmm....kelakar dan pelik plak aku tgk gambar aku berdiri macam tu. Sebenarnya aku takut terlindung orang belakang. So aku rendahkan sikit badan aku. Tapi jadi macam lain plak dalam gambar ni dengan kedudukan topi tu. Alahai....!!!



Perjalanan kami harus melalui pekan-pekan kecil bandar Srinagar ni. Melayan pemandangan masyarakatnya. Ada yang sedang tunggu bas, berjalan kaki, pengembala kambing dan bermacam-macam lagi untuk urusan masing-masing.

Takper nanti pulang pun akan melalui sini lagi. Hihihihi....

Perkataan TATA pada kenderaan di sini mengingatkan aku pada bas kampung yang aku naik ke sekolah zaman aku sekolah dulu. Rupa-rupanya ia berasal dari India.

Selain teh, buah ceri ini juga dikatakan antara signature Kashmir. Katanya la......



Sedikit demi sedikit, kami mula meninggalkan kesibukan kota Srinagar. Kemudian kami disajikan pula dengan pemandangan gunung-gunung yang wow...... Kampung-kampung masyarakat di bawah ni jer. Ada beberapa tempat macam biasa kena berhenti bayar 'tol'.

Ada beberapa kawasan tu kami minta driver berhenti sebab kami nak snap gambar.

Owh...lupa nak mention yang kebanyakkan gambar di ambil dari dalam kereta. So ada gambar terkesan kerana cermin kereta ada tinted. Hmmmmm.....



Sonamarg lagi 55 km












Kenderaan yang membawa kami berdua ke Leh



Kami berhenti lagi di beberapa tempat yang dirasakan menarik. Antaranya terusan ini. Dari dalam kereta kedengaran ianya begitu deras. Menurut driver, air ini merupakan air pergunungan salji. Maka ia dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan masyarakat sekitar.





Sedang melayan selekoh dan menikmati pemandangan sebelah kanan, kami terpandang satu runtuhan salji lama. Tergamam sekejap dan meminta driver berhenti. Kami nak layan view. Ini merupakan runtuhan salji lama akibat perubahan musim. Di bawah ni ada sungai yang mengalir. Dalam pada itu, kami dapati ada beberapa orang sedang mencari sesuatu di atas salji tersebut.

Mereka ada orang nomad.









Aku cuba turun mendekati sungai tapi ditegah oleh driver. Walhal aku cuma nak ke bawah jer. Nak ambil angle yang lebih rendah. Tu pun driver dah macam tegah. Mungkin kerana keselamatan kot. Hihihihihi....



Selamba sahaja pakcik ni lepak tepi jalan raya

Menurut driver, semua lori yang datang dari arah bertentangan ini adalah kebanyakkannya dari Leh. Lori-lori ini kosong semuanya. Mereka turun ke Srinagar untuk mendapatkan bekalan takkala musim sejuk kian menghujung. Beliau juga menerangkan, laluan dari Leh kini sedang dibuka manakala untuk ke sana, sedang menunggu jam 10-11 pagi.

Untuk info korang, dalam gambar ni kelihatan macam terik panaskan? Tepat. Cahaya memang terik tapi suhunya dingin. Nama jer musim panas tapi sejuk. Hahahahahaha..... Orang Melayu tak biasa sejuk. That why aku kadang-kadang malas nak buka tingkap untuk snap gambar. Hahahahahaha.....






Sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan, kami selamat tiba di Shitkari Bridge. Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Srinagar. We are on schedule kata driver. Aaaacha.....

Pada bridge tersebut ada tulis WELCOME TO SONAMARG. Sedang kami asyik bergambar, ada 2 orang pelancong bermotosikal berhenti untuk bergambar juga. Siap ada gopro pada helmet mereka. Then Daus kata, haaaaaaa.......ni la yang aku cakap tu. Travel ke Leh dengan motosikal. Hihihihi.....

Sepanjang perjalanan tadi kami nampak beberapa kumpulan kambing yang dibawa oleh pengembalanya. Daus ada bertanya kepada driver, kemana mereka nak pergi? Driver pun menjelaskan bahawa mereka membawa kambing-kambing itu ke lokasi-lokasi padang rumput seperti Sonamarg dan ke atas. Pada waktu ini rumput-rumput segar akan tumbuh apabila salji mencair.

Dalam group itu, bukan sahaja ada seorang pengembala malah seakan-akan satu keluarga. Akan ada kaum wanita di atas keldai atau kuda dengan membawa barang-barang keperluan. Perjalanan nomad mereka ini boleh mengambil masa sehingga 6 bulan pergi balik. Kami pun, waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........!!! Mereka juga menjual kambing-kambing mereka pada mana-mana pembeli sepanjang perjalanan.

Macam kita kalau tetiba nak buat korban atau akikah, boleh la beli sini. Contoh la....

Pemandangan di persimpangan jambatan ni cukup awesome. Latar belakang gunung saljinya superb guyss....




























Dalam 4 km, kurang dari 15 minit dari jambatan tadi, kami pun tiba di satu kawasan tumpuan pelancong. This is SONAMARG, 8950 kaki. Ketinggian ini melepasi Gunung Trusmadi di Malaysia. Mmmmmm....macam tak terkejut la tu. Ok, bye.

Sonamarg merupakan antara pusat tumpuan pelancong untuk melihat keindahan pergunungan salji. Di sini terdapat kedai-kedai makan dan juga rumah-rumah penginapan.

Kami berhenti di sini bukan kerana nak berehat tapi menunggu pembukaan jalan bagi kenderaan dari arah sini. Waktu ini kereta kenderaan dari arah Leh sedang bergerak ke sini. Alang-alang berhenti tu, kami buka Brahim yang telah kami rebus di rumah tumpangan pagi tadi. Lapar ok.

Selesai makan, masa untuk shooting... Time shooting ni memang taksub dengan keindahan dan seakan-akan tidak percaya yang aku boleh sampai ke sini. Satu lagi perasaan adalah tak bawa filter lensa. Hmmmmmm....... Hampeh!!!









Gambar atas. Daus time ni tengah setting gopronya nak berselfie dengan kuda. Setting dalam keadaan berjaga-jaga. Tetiba kuda tu berdehem, dia pun terkejut dan bangun. Hahahahahaha....aku tengok jer dari jauh. Akhirnya tak berselfie. Shoot direct je lah. Hahahahahahaha....





















Kambing dan sang pengembala


Setelah 45 minit berhenti, driver ajak gerak. Kami pun cergas selalu. Kami dapati banyak lagi projek-projek pelancongan seperti mendiri kemudahan sedang giat dijalankan.





Pergerakkan kami tak jauh sebenarnya dari tempat tadi. Depan tu jer dah sangkut tak boleh gerak. Semua kenderaan tengah beratur untuk jalan menuju ke Leh. Aku dan Daus ok jer. Boleh layan view. Kami memanjat ke tempat tinggi sikit untuk dapatkan view dan angle yang lebih baik.

Untuk info, Jun hingga Ogos merupakan peak season untuk pelancongan. Waktu ini sahaja jalan darat menuju ke Leh di buka. Selain dari itu, tutup sebab jalan ditutupi salji. Maka, deretan kereta ini 90% adalah pelancong.












Perlahan-lahan kenderaan kami bergerak masuk dan sukses. Jika tadi di Sonamarg viewnya wow, kali ini bertambah-tambah wow. Seriusly tak terkata. Rasa bersyukur sangat dapat pengalaman ini.




Laluan salji runtuh




Masih terdapat beberapa kenderaan dari arah bertentangan yang masih belum sampai ke Sonamarg. Ini menjadikan kelancaran perjalanan sedikit terganggu. Ini kerana laluan jalan ini agat sempit. Kanan adalah gaung.

Pemandangan dan pengalaman jalannya yang sangat mengujakan adalah lagi dan lagi.........subhanallah..... Aku macam tak percaya ini adalah jalan utama antara Srinagar dan Leh.















Segala jenis kenderaan semuanya menggunakan jalan ini. Bas pun. Arghhhhhhhh......... Dalam hati aku, betapa Allah mengarahkan lereng-lereng gunung ini menjadi kuat untuk kegunaan manusia.


Sekali sekala semua kenderaan berhenti. Ini kerana ada kenderaan yang nak berselisih. Waktu ni kepala aku dah mula mabuk-mabuk sikit. Ye lah, duduk dalam kereta dah terhuyung hayang sebab jalannya yang tidak sekata. Kelajuan kereta hanya sekitar 60 km/j sahaja.

Adakah aku terkena AMS?









Rileks jer bas ni

Jika kalian bertanya adakah boleh menaiki public transport untuk ke Leh? Jawapannya adalah ye. Ada jer bss-bas awam yang bersama-sama kami. Itu bagi mereka yang nak merasai truly experience dan baget.

Sebenarnya, menggunakan public transport adalah perancangan awal. Tapi perancangan Allah mendahului perancangan kami. Sebab itu baget kami suddenly over. Ini kerana transport. Tapi ok la. Katakanlah kami naik bas yang dalamnya penuh sesak dan tidak berhawa dingin dan melalui jalan macam ni? Kompom muntah......hihihihi. Lagi pula, naik kereta sendiri, bebas sikit.

Hmmm....pening-pening dan sakit hidung mula menyerang. Tapi tetap lawan sebab tak nak terlepas pemandangan dan pengalaman ini.

Daus duduk seat depan. Aku sorang-sorang seat belakang. Kejap ke kiri.....kejap ke kanan..... Hahahahahahaha.....






Menjadi satu budaya yang biasa di sini ialah pancut tepi jalan. Hahahahahahaha..... Rasa nak kencing. Parking tepi. Turun dan pancut. Budaya orang India memang tak kisah. Sama juga masa pergi Nepal dulu.

Aku pun sebenarnya nak terkecing juga tapi tahan juga. Bukan hanya kerana segan tapi sejuuuuuuukkkkkk........ Rasa takut nak keluarkan anu. Hahahahahaha..... Korang mesti gelak-gelakkan. Tapi that a realiti.


















Ketaksuban semakin meningkat kerana laluan semakin wow tahap dewa. Altitude pun dah semakin tinggi ni. Entah dah berapa tinggi ni?....Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....!!!!

















Walaupun aku tak yakin orang snap gambar aku, tetap nak juga ada gambar latar belakangkan ini. Wajib. Nanti balik edit kalau tak jadi. Hahahahahaha..... Tapi aku punya partner tidak mengecewakan. Thanks Daus...








Sesekali nampak para pekerja jalan di tepi jalan. Berehat rasanya. Mereka ni akan memperelokkan jalan utama ini. Contoh kalau ada lopak ker. Atau batu jatuh dari atas. Maka mereka inilah yang akan melakukan tugas agar jalan ini boleh dilalui oleh kenderaan. Tak kisah la apa cara sekali pun. Ada juga yang cuba memecahkan bongkah-bongkah batu besar.

Adoiii...rasa nak nangis tengok diaorang bekerja macam ini. Seakan-akan diseksa. Aduuuhhhh....!!!














Lebih kurang 2 jam lebih mengharungi laluan pergunungan yang keindahannya tahap dewa, kami berhenti rehat di sebuah kawasan yang aku pun tak ingat nama apa. Di sini kelihatan ramai pelangcong tempatan singgah untuk bermain ski.

Kami singgah juga tapi singgah nak pegang salji jer. Hahahahahaha...... Bayangkan dari Srinagar kawasan yang berdebu. Kemudian kami masuk ke kawasan Sonamarg yang agak-agak kehijauan. Saljinya hanya di puncak gunung. Kemudian melalui laluan jalan utama yang diluar imaginasi ku yang berdebu. Setelah itu kami melalui kawasan bersalji yang tingginya melepasi tinggi kereta. Dan sekarang, here we are. Place yang superb. Arghhhhh......... Masya-allah.....











...bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...