2.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 3 ---


Selamat pagi guyssssssssss...

Macam biasa bangun pagi. Buat pengurusan diri dan solat Subuh. Hari ni merupakan hari pertama pendakian. Haaaaaaa.....feeling nerbes tak? Owh....tak nerbes pun? Waaaaaaaaaaaaaaa....... Takper, kita tengok berapa lama boleh tahan. Hahahahahahahaha....

Kelihatan wajah-wajah ceria line up para pendaki pagi ini. Semua dah siap sedia. Abang Jack panggil untuk warm up. Hujan renyai-renyai.









Tak manis jika kita memulakan pendakian tanpa memohon keberkatan dan keselamatan dari Allah. Bacaan dipimpin oleh ustaz kita. Amin...

Sebelum bergerak, sempat bergambar kumpulan. Kelihatannya semua gembirakan. Tapi gembira selalunya masa awal-awal jer. Hahahahahahahaha....



Kelihatan ceria












Bergambar bersama anak-anak sekolah dasar



So destinasi hari ni ke mana? Ikut dalam jadual, hari ni ke Kem Pintu Rimba. Mula trekking jalan masih berturap. Kemudian kami mula mendaki dalam trek open iaitu trek kebun. Nampak macam mudah tapi mental. Hahahahahaha....Adi ada tanya, kenapa tak ada pick up yang boleh hantar ke pintu rimba? Huhuhuhuhu.... Aku senyum jer.

Orang yang jalan laju, dah ke depan meninggalkan kami. Jumpa kembali mereka di Qobok Derita. Sebuah pondok pekebun berehat dan memproses hasil tani mereka.



Serai wangi







Qobok derita

2 jam jugak la nak settlekan trek kebun ni. Selesai semua da sampai, kami meneruskan perjalanan ke campsite. Dari semua ladang, kami memasuki hutan. Masa lepak-lepak di Qobok Derita, Abang Lan ada cakap yang kita masih kekurangan 2 poter untuk membawa barang logistik. So, jika kita nak teruskan lebih jauh, agak sukar kerana takut poter 2 orang lagi tak dapat.

Semalam bapak-bapak poter ada menceritakan ini merupakan kawasan orang hutan. Jika bernasib baik, dapat tengok.










Punca air dari campsite, agak jauh. Jauh menurun. Hahahahaahaha... Team AJK makanan yang di buat oleh Abang Jack ada tanya, nak masak apa? Mereka pun tahu menu. Dalam pada itu, nasi sedang di masak. Di masak oleh siapa, aku tak ingat. Yang pasti bukan poter.

Nasi tu mentah akhirnya. Pelbagai kaedah dan kemahiran digunakan. Tapi gagal. Nasi mentah la kita malam ni.

Aku, Yudie, Azizah dan Min turun ke punca air. Di sana ada sebuah pondok. Pak Aceh pun ada situ. Rupanya ini kebun beliau. 5 minit kemudian, Kak Imah pula datang.

Kami selesaikan solat di sini saja. Pak Aceh dengan selamba membawa air dalam baldi sambil menjunjung naik ke campsite.






Nasi akhirnya diambil alih oleh para poter sebaik mereka tiba. Ada dikalangan mereka membawa daun-daun ulam untuk sajian malam ni.

Lebih kurang jam 6 lebih waktu Aceh, kami diminta menghantar bekas makanan. Menu petang itu Nasi putih berlaukkan indo mee dan sedikit ulaman. Tidak lupa ikan kering dipotong halus.

Bulat mata Abang Jack. Di khemah dia ada kata, laaaaaaaaaaaa......makan nasi dengan indo mee ka? Hmmmmm..... Nak atau tak, telan jua. Aku layan lagi menu mcm tu, asal jangan sayur. Hahahahahahaha..... Abang Jack ada kata lagi, aritu pergi Rinjani makan macam ni, takkan kali ni pun makan macam ni.

Sambil makan-makan tu, kami nampak si Najman makan. Dalam mistinnya ada daging. Aku terfikir juga, mana dapat daging. Tapi aku acuh tak acuh masa tu.








Selesai makan, kami buat pengurusan diri. Solat. Borak-borak dan tidur. Tidur agak awal. Ye la, tak tahu nak buat apa.

Tapi sebelum tu ada sesi postmortem. Semuanya kedengaran baik-baik aja. Antaranya Abang Jack meminta semua peserta yang menghantar bekas makanan, jangan berkumpul di dapur. Biar poter dan kuncu-kuncubya sahaja yang membuat agihan.

Sebelum tidur kami berborak tentang perkara yang ilmiah. Dalam line up ni ada seorang ustaz berkelulusan master bimbingan dan kaunseling. So memang bidang beliau la dari segi psikologi. Tapi sebelum kami mulakan sesi ilmiah tu, kami dikejutkan dengan kisah Semirul. Owh....sungguh tak sangka. Tapi tak per. Setiap diri kita ada rahsia. By the way, thanks sebab kongsi cerita. Hahahahahahahahahahahahaha....

Kemudian Ustaz pula berkongsi ilmunya. Kedengaran seakan-akan lucah, tapi kita kena pandai terima sebagai sesuatu yang ilmiah. Antaranya.....ustaz suruh kami tengok hidung Min.....then.....bla...bla...bla....bla......tak boleh nak terang semua kat sini. Nanti la korang beli buku baca ok.

Dengan berborak-borak tu dapat membuatkan kami melupakan seketika tentang makan malam kami tadi. Hanya nasi putih berlaukkan indo mee.

...bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...