4.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 5 ---

Hari 1   Hari 2   Hari 3   Hari 4   Hari 6

Sebagai permulaan cerita episod kali ini, aku mulakan dulu dengan asal perkataan 'bivak'. Pertama kali dengar kami ingatkan ejaannya seperti 'bipak'. Tapi tidak. Ejaan sebenar ialah 'bivak' tapi bunyi 'v' nya seakan 'p'.

Menurut Yudie, bivak itu bermaksud tenda. Sebelum adanya tenda iglu (dome), ia dibina dengan menggunakan plastik terpal atau plastik putih sebagai tempat untuk berehat dan tidur ketika mendaki. Tenda yang mereka bina itulah dipanggil atau disebut sebagai bivak. Hihihihi..... Sama tak aku story dengan Yuide?


Hari ke 3 pendakian, hari ke 5 berada di Aceh.

Ok...sama macam pagi-pagi sebelum ni, kami bangun untuk buat pengurusan diri. Pengurusan diri ni bukanlah macam selalu aku buat kat Malaysia. Gosok gigi dan mandi bagai. Hahahahahaha..... Pengurusan diri ni lebih kepada, buang tahi mata jer. Pastu ambil wuduk untuk solat Subuh. Subuh pun matahari dah terpacak. Huhuhuhu......

Sedang sibuk orang nak solat Subuh gajah tu, tetiba Kak Imah menjerit sambil menunjuk sesuatu di langit. Awan dengan bentuk Allah. Kak Imah terus berlari mendapatkan dslrnya. Aku tak lari ambil kamera ker? Mmmmmm....aku tak ingat kenapa aku slow respon time tu. Mungkin sebab sejuk kot. Hahahahahaha....

Lauk sarapan pagi ini dimasak oleh Abang Jack. Saja buat geram kot. Ye la, asyik makan nasi putih sama indo mee dan ikan kering sedikit. Kali ini Abang Jack masak sotong kering. Huhuhuhu....

Pasti ada yang tertanya kenapa asyik makan berlaukkan ikan kering. Jika aku ada sebut sebelum ini, kira aku repeat story la. Menurut Abang Jack ikan kering yang dibeli di Malaysia ini adalah makanan kecemasan yang sengaja Abang Jack beli. Ikan kering ini bukanlah menu yang pernah dibincangkan semasa meeting di Malaysia tempoh hari. Indo mee juga bukan menu utama. Tapi entah bagaimana pengurusan oleh Abang Lan, telah menjadikan ikan kering tersebut sebagai menu utama. Ini juga menunjukkan bahawa beliau juga tidak membeli ration lain selain beras, indo mee dan biskut. Hmmmmm......


Terlalu seronok kerana dapat makan sotong

Selesai makan, kami cergas mengemas. Hari ni, seperti dalam briefing semalam, katanya akan cuba sampai ke Kem Kayu Manis II. Sebelum bergerak, kawasan khemah perlu dibersihkan. Tolong jangan tinggalkan sampah anda di sini.

Bagi kami, 5 orang yang sudah setuju untuk mengambil poter peribadi, sebahagian barang dibungkus asing dan diberikan kepada poter. Mereka akan membahagi sesama mereka seperti yang dipersetujui.

Banyak sangat ker barang peribadi yang aku bawa sehingga nak kena upah poter peribadi? Duit banyak sangat? Hahahahahaha..... Bukan begitu kawan-kawan. Sebenarnya selepas aku bagi barang peribadi kepada poter, berat beg macam sama jer. Hahahaha..... Antara tujuan lain ialah melihatkan tempoh perjalanan yang masih panjang. So aku nak maintain performance. Aku kan dah tua. Tak larat dah. Bak kata Abang Jack, seorang pendaki tak perlu rasa malu untuk menyatakan dia tak larat atau penat. Jika dia terus menyimpan ketidakdayaannya bermakna dia seorang yang EGO. Selain itu, aku membawa 2 body camera, power bank, bateri camera dan bar energy yang agak banyak (hahahahaha). Malah, kata Abang Jack, kita menolong mereka dari segi kewangan.

Siapa setuju?










Perjalanan dan pendakian hari ini penuh dengan mossy. Mossy memang cantik untuk dilihat dan dipegang. Tapi bagi orang yang mempunyai ketinggian agak lebih, ianya sangat mencabar. Nak kena tunduk dan merangkak. Sangat menyeksakan.

Di kala ini, aku sedang bergelut dengan diri ku sendiri apabila ada pesaing dalam duni foto ni, Kak Imah. Setiap malam dia akan shared gamabr-gambar yang dia shoot sepanjang trekking. Gambarnya pula, alahai.....superb sangat. Aku nak shared pic aku pun malu. Photo-photo Kak Imah ini banyak kepada potrait bunga-bunga dan flora.

So, aku apa lagi. Hari ni aku pun tak nak kalah snap pic flora. Hahahahahaha....tu yang aku snap gambar-gambar tudung periuk, lumut dan sebagainya. Konon nak impress Kak Imah. Hahahahahahaha..... Ternyata, kita tidak jadi orang lain.

Setiap individu atau photographer tak sama dia punya disiplin. Ada orang suka potrait, ada orang moment dan sebagainya. So kemahiran dan passion tidak sama.
























Kem Mandi Burung

Macam biasa, team belakang yang terdiri daripada Abang Jack, Ustaz, Semirul, Adi, Aku, Azizah, Min dan Yudie akan mendaki secara santai. Mengikut kudrat dan tenaga masing-masing. Yang lain mungkin dah sampai. Hahahahaahaha....

Lebih kurang sejam lebih, kami tiba di Kem Mandi Burung. Kenapa nama Mandi Burung? Di sini terdapat satu lopak air yang menjadi sumber air kepada burung. Selain minum, burung juga mandi di situ. Sahih atau tidak, memang masa kami tiba tu, ada seekor burung sedang mandi di situ. Haaaaaaaaaaa....tak tipu kan.

Formula kami guna untuk trekking ialah 15 5. Maksudnya 15 minit trekking, 5 minit rehat. Hihihihihi.... Boleh guna kalau sesuai dengan korang. No bayaran.

Lopak air tempat burung mandi

Meneruskan pendakian. No view sejak kami mula mendaki dari hari pertama. Semua ditutupi kabus tebal. Sehinggakan ada ketika orang depan pun tak nampak. Sekali sekala, angin bertiup kencang. Suhu sejuk bertambah sejuk. So, tak boleh rehat lama-lama sangat.







Gelak tawa group belakang seakan-akan tiada masalah






Kurang 3 jam pendakian atau perjalanan dari Kem Mandi Burung, kami group belakang tiba di Puncak Angkasan. Macam biasa team depan dah sampai dan sedang menikmati biskut bercicahkan kopi gayo. Sedap tak? Hmmmmm.....dalam hutan semua sedap. Serdak biskut pun habis nox. Kami yang baru sampai ni jamah sikit-sikit jer. Ye lah, yang tinggal pun yang tu jer. Nak masak lain, potnya dah disimpan oleh porter.

Isu biskut ni pun tak kurang hebatnya. Masa beli aritu, Abang Lan sebut satu bungkus shared 2 orang. Tapi realitinya tidak. Kami yang team belakang dapat seadanya sahaja. But, nak bising-bising time tu pun, macam tak best. So just go on je lah.

Pemandangan? Hmmmmm...... Tidak nampak apa-apa kecuali kabus.

Kami juga mengambil air minuman di sini. Bukan di puncak ni tapi kat bawah depan sana skit. Lopak air jer. Maka mohon berhati-hati ketika mengambil airnya. Ceduk tu perlahan-lahan agar tidak keruh. Satu lagi, jangan sampai air tu bertukar menjadi air mustaqmal. Haaaaaaaa.....nanti tak lebih ambil wuduk plak. So, selalu-selalulah fikir tentang orang lain ok. Don't be selfish.





Group laju ni dah nak gerak. So kita snap pic dulu. Korang jalanlah dulu. Nanti kami follow. Katanya hari ni akan campsite di Kayu Manis II.

Untuk info, Puncak Angkasan ni menawarkan view 360. Tapi disebabkan beberapa pokok yang semakin tinggi, maka ada beberapa sudut yang terlindung. Tapi masih ok untuk melihat view 360. Aku teruja view di Puncak Angkasan ni apabila melihat satu banner besar di rumah Pak Jali. Bannernya berlatarbelakangkan pemandangan Paru Paru Dunia dari puncak ini. Tapi memandangkan kali ini berkabus, maka tak ada la view.








Batu tanda Puncak Angkasan

Punca air di Puncak Angkasan



Lebih kurang 15 minit selepas group depan bergerak, kami pun memulakan langkah. Dari puncak ini, trek akan menurun dan naik semula untuk ke Kem Kayu Manis I. Berhati-hati di simpang punca air. Ambil paling kanan. JANGAN ambil laluan air kerana itu bukan laluan yang sebenar. Itu laluan nak ke mana tah. Yudie ada cakap tapi aku tak save sebab malas nak ingat. Huhuhuhuhu....

Berjalanlah kami menuruni puncak. Dalam perjalanan turun tu kami juga terbahagi kepada 2 group. Tak jauh berpisah. Depan sekali masa tu aku, Azizah, Min dan Yudie. Belakang pula terdiri daripada Abang Jack, Ustaz, Semirul dan Adi. Sedang santai berjalan, tetiba group aku yang depan ni terdengar suara orang menjerit, TOLOOOOOOONG...!!! Sekali dengar, kami berhenti. Kali ke dua TOLOOOOOOOOOONG...!!! Yudie tanpa fikir panjang, terus mencampakkan haversacknya dan berlari ke belakang. Aku masa tu dalam beberapa saat sempat berfikir samada nak follow Yuide atau stay di sini bersama Azizah dan Min. Hah...!!! Pandai la diaorg jaga diri. Aku pun terus campak camera dan haversack, terus berlari mengikuti Yuide.

Sambil berlari, bermacam-macam andai menerjah ke dalam fikiran, apa agaknya yang berlaku? Mungkin ada yang jatuh gaung. Jatuh pengsan bla....bla....bla.... Kurang 3 minit berlari, kami pun sampai ke group belakang. Kelihatan mereka semua cukup. Mereka juga sebenarnya terpinga apabila mendengar suara itu. Tapi kata mereka, bukan TOLOOOOOONG...! yang mereka dengar pada kali pertama itu. Cuma suara orang memekik.

Kata mereka, apabila terdengar suara itu, mereka sangkakan itu suara team depan memanggil memberitahu bahwa kami salah trek. Ustaz berpendapat bahwa ini trek yang mereka lalui tadi ketika ke Puncak Angkasan. Abang Jack pula sedikit termakan dakyah tersebut, terus membuka alat GPS nya untuk melihat trek. Ternyata dakwaan ustaz salah.

Sambil Yuide dan yang lain sedang bertanya sesama sendiri, kami dengar lagi suara mohon pertolongan. Kami membalasnya. Sambil itu kami cuba meneka suara siapa itu.

Yudie dengan pantas meminta seorang untuk mengikutnya untuk pergi mendapatkan suara tersebut. Adi dengan pantas menyusuri Yudie. Memang tepat sebab Adi memang dilantik sebagai juru medic dalam line up ni oleh Abang Jack.

Kami di sini masih meneka-neka siapa empunya suara. Akhirnya kami rasa suara itu suara Amin. Sebenarnya group Abang Jack juga keliru masa di simpang puncak tadi. Mereka sempat memanggil kami. Pada masa itu, menurut Ustaz, dia ada nampak kelibat satu haversack yang melalui satu trek tengah antara trek air dengan trek ke Kayu Manis I. Sebab tu mereka memanggil kami untuk mengetahui mana satu trek sebenar. Memikirkan kelibat itu mungkin satu permainan mental, maka beliau abaikan.

Kenapa Amin? Sebab Amin merupakan individu terakhir bergerak sebelum kami bergerak. Beza masa antara group pertama bergerak dengan Amin, rasanya sekitar 5 minit. Walaupun macam tak lama tapi ia cukup membuatkan Amin tersasar laluan dengan group depan. Kami perasan yang Amin gerak lambat cuma tak sangka beliau akan terpisah.

Setelah 10 minit lebih Yudie dan Adi pergi mendapatkan suara tersebut, mereka kembali. Tekaan kami tepat bahwa itu Amin. Dia berehat sekejap sambil bercerita bagaimana dia boleh tak sama dengan group depan dan rasa laluannya sesat. Pertama rasa sangsi terhadap trek. Kemudian dia terdengar suara Azizah menjerit. Pada detik itu dia merasakan bahawa pasti beliau sesat kerana mana mungkin group belakang sudah mendahuluinya sedangkan dia bergerak dulu dan suara itu dari arah yang lain dari treknya. Lantas beliau memekik meminta tolong.

Ustaz dalam masa yang sama yakin bahawa kelibat haversack tadi adalah Amin. Kata Amin, jika dia sesat tadi, dia bercadang untuk naik semula ke Puncak Angkasan dan bermalam di sana sambil menunggu rescue.

Mujur la ada group belakang ni mendengar suara Amin, jika tidak tak tahu la apa yang terjadi. Hutan ni ada harimau ok. Berkeluasan 4 juta hentar lebih. Kalau sesat tak jumpa, macam mana? Alahai... Apapun, alhamdulillah, semuanya selamat. Akhirnya, Amin pun berjalan dengan kami. Sambil berjalan tu dia sempat bercerita lagi. Memandangkan aku bukan jenis orang yang suka berbual, aku suruh Amin jalan dulu. Stress kalau ada orang yang kuat berborak berada dibelakang aku. Hahahahahahaha.... Maafkan saya.

Kami tiba di Kem Kayu Manis I sekitar jam 4.10 petang waktu Aceh setelah 2 jam lebih turun naik dari Puncak Angkasan. Di sini kami berhenti berehat sambil menunaikan solat Zuhur Asar. Yup....di sini juga ada lopak air.

Kayu Manis I




Jika tadi sebelum Puncak Angkasan, trek dipenuhi mossy, kali ini kami selang seli dengan open trek. Trek di mana pokok-pokok renek sahaja. Macam ala-ala selepas Kem Bongsai di Gunung Tahan. Tapi pokok reneknya lebih tebal dan dipenuhi resam berdaun besar.








Sesampai jer di sini, entah kenapa tetiba Semirul jadi tak menentu. Dia terus berguling dan macam-macam atas rumput yang basah tu. Mungkin mental kot.


Kami berehat sekejap. Sambil berehat, sambil bergossip. Gossip tentang makanan. Untuk pengetahuan korang, kami yang group belakang ni akan bergossip pasal makan setiap kali berhenti berehat. Berbagai-bagai andaian. Abang Jack juga ada meluahkan perasaan takkala memikirkan makanan. Dalam meeting, kata Abang Lan semuanya settle. Abang Jack sendiri secara personal pernah mesej beliau bertanya hal ini. Kata Abang Jack la. Dalam meeting di Gopeng tempoh hari siap bagitau yang barang di Indo murah-murah. Packging ia juga kecil dan mudah di bawa. So, semua nanti beli kat sana.

Pelbagai andaian buruk bermain difikiran kami. Tapi kami cuba berfikiran positif kerana perjalanan kita masih jauh. Kami cuba wujudkan suasana positif walaupun hanya sekadar makan nasi dengan ikan kering dan indo mee.

Takkan la duit shot. RM 1700 + RM 100 = RM 1800. Darab pula dengan 11 orang. Macam mustahil jer duit tak cukup. Andai duit shot sekali pun kenapa Abang Lan tak pernah bincang dengan group. Kita sebagai satu team akan top up. Kami pun waras la jika dia boleh terangkan itu ini. Tapi senyap jer. Pastu tetiba menu makan macam ni jer. Hari-hari plak tu.

Pastu, si Najman. Kenapa darab 11 orang jer? Habis tu beras yang dia makan ni duit mana? Kita bukan kejam sehinggakan nak berkira. Tapi Abang Lan boleh senyap. Ahli makan nasi kosong. Anak ko ada daging. Can u all imaging? Maaf, ter emosi skit.






Mental down katanya




Kami tinggalkan itu menjadi persoalan yang terawang-awangan. Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi.

Alhamdulillah, kami group terakhir selamat tiba di Kem Kayu Manis II di kala senja. Keadaan kabus yang tebal menutupi cahaya matahari, menjadikan suasana semakin gelap. Ketibaan kami tidak disambut oleh Abang Lan as leader. Yang pasti dia berada dalam khemahnya.

Kami tercari-cari khemah kami. Rupa-rupanya belum semua khemah di pasang. Pada masa itu kami mula bercakap kecil. Takkan la pasang khemah pun tidak diuruskan oleh leader. At least dia kena tahu berapa khemah belom pasang atau sebagainya. OMG...!!! What the attitude and responsibility.

Kami pun malas nak rumitkan keadaan, kami pun pasang sendiri khemah. Alaaaaa....khemah iglu, bukan susah pun. Sambil kami pasang khemah, kelihatan di fly porter acara makan malam sedang berlangsung. Melihatkan keadaan tu pun aku dah rasa satu sifat yang....yang....yang.....omg...!!! I dont no what to say. Terdetik di hati ku, 'kami ni group pendaki lain ker?'. Korang boleh makan-makan sedangkan team mate korang yang lain baru sampai dan sedang bergelut dengan sejuk memasang khemah. Ahli pendaki lain tu mungkin la tak ralat sangat, tapi LEADER sendiri pun macam tu.

Thank to Kak Imah. Beliau datang ke khemah kami sambil bagi moral support. Saya kata, Kak Imah tak makan lagi ker? Kata Kak Imah, dia tunggu member-member baru nak makan. Tak sampai hati. Kitakan satu team. Oh...!!! Dengar ayat tu jer dah tersentuh hati ku. Tq Kak Imah. We Love You.

Selesai buat pengurusan diri. Kami masuk khemah. Abang Jack kelihatan tak keruan kerana kesejukan. Kemudian, kami pergi ke fly porter untuk dapatkan makanan. Poter menunjukkan nasi. Kemudian Abang Lan yang kebetulan berada di situ memberitahu bahawa lauk dalam kuali. Masa tu Semirul bersama aku. Selesai menceduk nasi ke dalam bekas, buka la penutup kuali yang dikatakan ada lauk tu. Sebaik sahaja penutup dibuka tergelak aku takkala melihat lauk. Semirul juga tersenyum. Aku cakap, takper, kita ambil jer apa yang ada. Kemudiaan kami bawa balik ke khemah.

Korang nak tahu lauk apa yang ada dalam kuali tu? Cuba teka. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......tak tahu kan. Mesti la tak tahu sebab korang tak ada di situ pada masa tu. Kahakahakahkahkah....... ok, tak kelakar.

Yang ada dalam kuali tu 3 ekor ikan bilis goreng. 3 ekor ikan bilis untuk 5 orang makan. Korang nak nangis tak? Harus la tak sebab time tu korang sedang sedap makan kat Malaysia.

Di khemah, Abang Jack tanya, makan apa wei? Kami pun berat mulut nak cakap, terpaksa juga cakap. Makan nasi dengan 3 ekor ikan bilis ni Abang Jack. Sayu muka Abang Jack mendengarnya. Beliau terus baring melayankan sejuknya. Rasanya Abang Jack dah mula demam.

Kami ke khemah perempuan untuk dapatkan kicap, serunding dan sambal ikan bilis personal yang dibawa oleh Min dan Kak Imah. Alhamdulillah....

Masa terus berlalu. Berita Abang Jack tak sihat mula tersebar ke khemah lain. Kak Imah datang melawat. Kemudian datang Arep membawa plastik kecemasan berwarna oren. Kami memasukkan Abang Jack ke dalam plastik itu agar panas. Kemudian Arep terus lepak dalam khemah kami. Kami atau lebih khususnya aku, agak krik...krik...masa tu sebab tak berapa kenal Arep ni. This firstime trekking sama. Menurut info, Arep ni anak buah Abang Lan masa berbasikal dulu. Kira rapat la macam abang adik. Cubit peha kanan, peha kiri terasa.

Tetiba Arep cakap sesuatu yang kami tak sangka dan kami tersenyum. "Abang Jack, saya tak puas hati la dengan makan." Rupa-rupanya bukan kami sahaja yang bergossip dan tak puas hati tentang makan, malah semua orang juga samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Muka Arep memang ketat giler. Dia siap cakap, "BUTUH la". Hahahahahahahahaha..........

Silih berganti orang datang melawat Abang Jack. Malam itu pelbagai ketidakpuashatian diluahkan. Tapi masing-masing tak luahkan pada Abang Lan sebab tahu benda ni takkan settle sebab dah dalam hutan. Takut jadi benda lain plak jika berdepan dengan dia. Semua orang bersabar dan simpan dalam hati. Fokus pada puncak dulu. Tak nak suasana tegang sepanjang trek yang masih lama ini. Kang mati time hati tak puas hati dengan seseorang. Nanti dah settle pendakian, kat bawah kita settle.

Kami juga mendapat pesanan dari poter agar tidak terlalu galak dan keluar secara berseorangan. Katanya ini kawasan 'nenek'. Nenek merujuk kepada harimau. Macam kita di Malaysia sebut Pak Belang atau Maybank. Whatever...!!!

Apa yang terjadi sepanjang malam berlalu itu, memasinglah. Ada yang dengar bunyi semak la. Ada yang rasa ada benda bergesel dengan khemah la. Aku? Aku tak rasa apa-apa. Huhuhuhu...

Zzzzzz....Zzzzz....

...bersambung

Hari 1   Hari 2   Hari 3   Hari 4   Hari 6

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...