7.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 8 ---


Hari ke 6 pendakian...

Tahukah anda, menawan Puncak Loser bukanlah pakej lengkap xpdc Paru Paru Dunia. Terdapat satu lagi puncak dalam Paru Paru Dunia ini yang perlu anda tawan. Puncak tersebut ialah puncak Gunung Kemiri. Haaaaaaaa.......tak tahukan? Ok, google segera. Dah faham nanti, korang up la event. Aku follow.

Alhamdulillah.....cuaca semalam yang aman damai membawa ke pagi ini. Semua orang happy sebab cuaca cantik. Tapi bab makan memang tak pernah puas hati.

Jam 10 pagi lebih kami start jalan.

Kem Sungai Alas


Mysar, pembuat gelang dan cincin rotan




Pak Udim Cukim

Pak Aceh


Kak Imah


Perjalanan hari ini lebih kepada savana. Namun begitu, sekali sekala kena juga redah mossy. Pemandangan savana cantik. Kalau tak ada kabus, rasanya lagi superb kot.

Sambil jalan, ambil gambar dan menikmati keindahan lanskap. Savana ini berada pada ketinggian menghampiri 3000 meter d.p.l.

Lebih kurang sejam lebih, kami tiba di Kem Ranto Panjang. Berehat. Agak lama di sini rehatnya.






Kem Ranto Panjang





Lopak air Kem Ranto Panjang




Upin & Pak Udin Cukim

Pak Aceh

Pak Husin Kecik




Cara melepaskan perasaan kecewa dan mental


Khairil Aslan








Hampir 3 jam perjalanan turun naik, kami sampai di kem berikutnya iaitu Kem Kolam Badak. Jam meunjukkan 1.05 tengah hari. Makan tengah hari di sini. Makan biskut dengan air......air....air.....hahahahahaha....aku tak ingat air apa. Maaf guys.

Ok.....dah ingat air apa kami minum. Bukan ingat, tapi ada sorang line up ni yang ingatkan. Katanya, time tu porter sediakan air susu. Satu cawan kongsi 5 hingga 6 orang. Masa dia sampai, semua dah makan and minum. Si Najman ni dah makan pusingan awal, still datang bertenggek minta biskut pada orang yang baru sampai dan baru nak makan minum. Pastu dengan selamba jer minta tambah susu dalam cawannya sebab susu yang dalam cawan ni ceroi. Katanyanya lagi, kami jeling jer. Orang lain satu cawan shared reramai, dia selamba jer nak sedap-sedap. Malas nak bising. Orang lain bersusah payah, ada jer yang bersenang lenang.

Mendengarkan luahannya, aku turut simpati dan....dan...dan....ai...ai....tapi budak form 3. Mungkin selama ni ikut trip ayah dia makan sedap-sedap. Nak marah pun tak berbaloi. Ye lah, time tu mentalkan.

Apa yang aku ingat, masa sampai tu, aku nak terkencing jer. Pastu nak tengok kolam yang cantik itu. Kem Kolam Badak diberi nama kerana kolam ini sering dijadikan tempat badak-badak berkubang dan sumber airnya. Mmmmmm......betul ker? Itu apa yang diceritakan la. Wallahhualam...

Kami solat jamaq dan qasar si sini.





Kolam Badak










Kenapa tu Semirul?








Dari Kem Kolam Badak ini, di hadapan itu terdapat satu tanjakan. Tanjakan itu dinamakan Tanjakan Pantat. Mmmmmm...... Yea, dari sini memang nampak sebab memang kat depan tu. Hahahahaha.... Dari sini, kami nampak Abang Lan dan beberapa orang lain sedang mendaki.

Sesuai dengan namanya, tanjakannya memang lumayan. Berhati-hati ketika memanjat. Selepas tanjakan itu, akan layan permatang sahaja. Permatang pun bukan sebarang permatang. Menurut Pak Cukim, terdapat 22 buah puncak akan dilalui sehingga ke Kem Bivak III.

Melayankan permatang ini tidak semudah yang disangka. Menggeletar jugak la cuacanya. Berkabus, angin dan titisan air. Nama jer titisan air, tapi macam hujan. Huuuuuuuuuuuuuuuuuu...

Kami santai-santai aja berjalan. Kelihatan Yudie begitu gagah menggalas haversacknya dengan beban yang lebih 30kg rasanya. Barang aku pun dia bawa juga. Body camera, lens, bateri dan energy bar. Huhuhuhu.....tq Yuide.

Sekali sekala kedengaran Abang Jack bergurau, "...wei, aku nak nanges boleh dak....". "GoPro, take a photo".







Ketika sampai di sini, aku tunggu Yuide sebenarnya sebab nak snap pic dia. Aku teruskan pendakian apabila Yuide tak muncul. Pastu aku turun balik dengan harapan Yudie muncul. Tunggu 15 saat, Yudie tak muncul. Aku naik semula. Then aku turun lagi dengan harapan yang sama. Last sekali tak tahan sejuk, aku terus naik dan kejar Min dan Abang Jack.





Ok, hari ini aku macam agak mental juga sebab campsite tak sampai-sampai lagi. Trek no hal. Sejuk jer masalahnya. Turun naik....turun naik.....mana campsite wei....!!!

Dalam masa kami berehat, sempat lagi kami mengeluh, "kenapa la trip kali ni jadi macam ni? Kita harapkan orang Malaysia faham cara kita. Tapi.............hmmmmmmm....".

Aku tak banyak cakap and komen. Just senyum jer. Ye lah, nak kusut pun, nasi sudah menjadi bubur. Bubur tak ada, nasi kosong jua yang kena telan.

Jalan punya jalan, akhirnya kami tiba selepas satu selekoh. Aku kata, "ok......kita dah sampai. Khemah kat depan." Alhamdulillah...

Macam biasa, ketibaan team belakang ni dalam suasana krik...krik...krik.... Hahahahahaha.... Aku ingat lagi di Kem Kolam Badak. Porter cakap, "Abang, kami gerak dulu bukan bermakna ninggalin kamu. Tapi kami sampai sana untuk buka tenda dulu ye Abang."

Kelihatan di bawah fly, Arep, Fawas, Amin dan Najman sedang masak air. Kemudian datang Abang Lan di bawah fly tersebut.

Lokasi khemah kami agak belakang di sebabkan ruang yang tidak muat. Atas kerjasama, kami nak together-gether dan nak buat pertukaran khemah, kami setuju mengalihkan khemah perempuan ke belakang agar bersama-sama dengan khemah kami. Cergas selalu. Tak tahan sejuk.

Sambil adjust-adjust tu ada pula yang bermalas-malas nak keluarkan beg dari khemah (khemah perempuan). Then aku cakap, "Ok...pilihan di tangan korang. Kalau nak selesa, keluarkan barang dan adjust semula khemah. Kalau tak nak, nanti jangan bising. Full stop."

Bukan hampa ja yang sejuk. Habis tu kami ni Superman ker? Kemon girl.

Selesai mendirikan khemah, kami buat pengurusan diri. Sepantas yang mungkin sebab luar sana berangin dan sejuk. Mujur tepi khemah perempuan ada lopak air. Boleh la buat basuh-basuh dan wuduk.

Memasang khemah di Bivak III

Macam biasa, Abang Jack akan repeat said, "Weiii....nak nanges boleh tak?". Kami anggap itu gurauan sahaja. Selain itu Abang Jack mula cirit birit. Kerap sangat keluar untuk membuang. Semirul ada tanya, mungkin keracunan. Tapi di sangkal oleh Ustaz. Jika keracunan, semua mesti kena juga.

Ok......semua dah mula berkumpul di dalam dua khemah ini. Jadi port. Tak lama kemudian, porter panggil piring...piring...piring.... Ok, ustaz kata giliran aku this time. Ok, semua bekas kumpul cepat. Ok ni satu hal lagi. Time-time mental cenggini memang semua benda tak kena.

Minta tolong hantar bekas tu no problem. Tapi dalam bekas ada balance nasi pagi tadi. Then.....who u think nak settlekan? Aiyooooo...pastu dengan nada, sedih, "Takperlah situ".

Dalam kepala aku, up to u lah. Nak tolong hantar pun dah kira bagus. Kita kalau nak minta tolong, kena la juga tolong diri sendiri. Hmmmmm........

Hahahahahahahahahahahahahhaha.....nampak tak suasana agak tegang time tu? Semua orang mental.

Time makan, kami makan sama-sama dalam khemah besar ni. Baru la best. Makan dengan sambal ikan bilis. Makan pun senyap-senyap sebab takut porter tahu. Abang Jack tak makan banyak sangat. Mmmmmm... Dia lebih banyak masa dalam sleeping bag.


 "Korang ada nampak apa-apa dalam khemah kami tak dari luar? Rasanya khemah kami tu jarang", tanya Azizah kepada kami.

Kami jawab, "Mmmmmm.....tak perasan plak nampak atau tak. Tapi bila Zah dah tanya macam tu, nanti kami tengok-tengokkan. Kalau nampak apa-apa, kami senyap jer k. Hahahahahahahah ".

Tersipu-sipu malu Azizah...

Selesai makan, kemas-kemas dan duduk dalam khemah sambil gossip. Kami semua mula berfikir, apa peranan porter sebenarnya ni? Ye la, bawa tenda dan makanan. Kami mula pertikaikan tenda ni perlu didahulukan pada siapa? Porter atau peserta? Arghhhhhh....macam-macam bermain di fikiran. Time ni semua rasa sangsi pada guide dan porter. Terutama bab makan. Ada kata porter sembunyi indo mee, sembunyi biskut, macam-macam lagi. Negatif thinking. Kalau korang kat tempat kami pun akan fikir benda yang sama.

Sekarang ni aku bertanya, Abang Lan dalam trip sebagai apa? Guide ATAU peserta?

Hari-hari makan nasi sama indo mee. Semua orang stress.  Kemudian ada berita katanya, guide tak nak bawa sampai ke puncak jika cuaca macam ni. Cuaca buruk. Aku pun dah mula malas tulis dalam buku sebab sejuk. So aku taip jer dalam note phone. Jam 2050. Sambil tulis, aku pasang lagu Memori Berkasih.

Permasalahan ini keep repeat. Bermain-main difikiran dan stress.

Malam ni khemah kami ada Amin. Katanya khemah tak boleh duduk sorang sebab sejuk sangat. Ok la. Ustaz pun tidur khemah lain. Mulanya masing-masing macam tak bagi Amin join. Tapi dia tetap part of this team. Aku kadang-kadang tertanya-tanya kenapa diaorang tak ngam dengan Amin? Hahahahahahaha...... Dont worry Amin, we never left you behind whatever pun. Aku petik dari kata-kata Naruto.

...bersambung

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...