11.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 12 ---


Hari ke 10 on trek.

Tidur malam yang tidak lena. Abang Jack akan terjaga kerana sakit. Semirul dengan tabah keluar khemah untuk memanggil Pak Udin dan Akbar. Ni bukan tabah sikit sikit. Dalam khemah pun tak tahan sejuk, apatah lagi luar dan jam 1 2 3 pagi pulak tu.

Dalam keadaan sejuk, Abang Jack akan meracau-racau sambil buka seluar dan baju. Dia pakai tight ok. So jangan salah sangka. haish...... Then macam biasa, "wei.....awat bisa sangat ni wei.....sakit wei...... Aku tak nak daki dah lepas ni", sambil menepuk-nepuk peruknya. Kadang-kadang menghentak-hentak kepadanya dengan tangan sebab tak tahan sakit. Pak Udin menolong sedaya upaya.

Kali keempat dalam waktu pagi-pagi buta, Pak Udin pun tak mampu nak datang ke khemah lagi. Akhirnya Semirul panggil ustaz. Terpaksa ustaz. Sorry....

Terjaga waktu pagi apabila merasakan hujung kaki lembap kebasahan. Harap, sleeping bag tak basah. Tapi Basah juga sikit. Huhuhuhuhu...

Suasana pagi ini tidak seperti semalam yang terang dan indah. Pagi ni hujan dan berangin. Fly yang aku adjust semalam pun dah ditiup angin. Semua khemah kebasahan. Tapikan dalam banyak-banyak khemah yang aku tengok la kan. khemah kami paling terurus dan dalam keadaan yang baik. Basah tu basah tapi kami well manage. Hahahahhaha..... Huhuhuhu... Tahniah Semirul and Adi, my rakan khemah. Hahahahahaha.... Tapi Adi asyik tidur jer. Tidur malam pun peluk-peluk sebab sejuk sangat.

Kedengaran, makanan iaitu beras dah mula dicatu. Tengah hari pula tak ada lunch biskut-biskut semua. Bila lapar, kami masak apa yang ada pada kami jer. Milo, shared 4 hingga 5 orang. Buat milo bagi air banyak. Milo satu jer. Kadang-kadang tu kami curi-curi ambil minuman Abang Jack seperti nestum. Huhuhuhu.....minta dihalalkan Abang Jack.

Atas idea bersama, nasi kosong yang kami ambil, kami buat bubur. Haaaaaaaa....bijak tak? Harus la bijak. Ustaz bijak tau dalam masak memasak ni.


Makan tengah hari



Saat-saat serba kekurangan ni, muncul pula lekor bite. Tq pada Semirul. Ni makanan rahsia katanya. Makan dengan nasi dan bubur.

Dalam suasana catuan makanan ni mula timbul rasa curiga terhadap porter. Ada desas desus menyatakan porter simpan dan makan sendiri bla...bla...bla... Ye lah. Di waktu macam ni, apa sahaja boleh dicurigai. Tapi difikir secara positif, takkan la porter nak buat macam tu kan. Semua orang mental time tu.

Makan tengah hari macam biasa.

"Betul ker Abang Lan ni ek? Macam mana la dia boleh terfikir menu cenggini jer? Duit shot ker? Kalau shot pun, kenapa tak cakap dan bincang. Ni senyap jer....alahai....", detik dalam hati ku di waktu senggang masa.

1520...team rescue selamat kembali ke campsite. Berita apa yang dia orang bawa, aku tak tanya. Malas nak excited. Nanti tahu jugakan. So, buat rileks jer.

Antara info yang didengari ialah, cuaca di puncak sana so ekstrem. Ada hikmahnya Abang Jack sakit dan kita sampai sini jer. Mungkin jika Abang Jack tak sakit dan kita teruskan perjalanan, mungkin lebih banyak mudarat yang kita dapat. Mungkin lebih ramai yang akan sakit. Yeaa...mungkin. Cuaca memang sukar diramal tapi menu makan adalah sesuatu yang boleh dirancang.

By the way, Abang Jack pagi tadi dah keluar dari khemah dan pergi ke khemah Pak Udin. Lega. Sebelum ni masa sakit dia dok minta nak keluar. Nak lari. Mujur dia keluar ke khemah Pak Udin. Di sana lebih mudah. Apa-apa hal Pak Udin dan yang lain boleh tengok-tengok kan. Alhamdulillah...

Petang-petang di dalam khemah, kami bertiga buat air nescafe sambil layan lekor bite janda. Thanks pada Semirul. Semirul ni, nampak jer macam innocent tapi ligat kat luar sana. Dia tak ligat tapi org lain yang ligat nak ke dia. Hmmmmm...... So bagi bakal isterinya mesti bersedia dan banyak bersabar. Eh...!!!

Yudie ada datang join kami petang tu dan bagitau yang dia nak tidur khemah kami kerana khemah sana dah masuk Abang Jack. Kecil khemah biru, Bivak Kaleng kami bertiga tadahkan......hahahahahaha....begitu besar hati kami kalau Yudie sudi bersama-sama kami.

Petang tu juga borak-borak santai sama Yuide. Kami tak bincang sangat pasal makan sebab takut Yuide kecil hati. Takut Yuide salah anggap pada kami dan kami sedia maklum yang Yudie pernah hiking ke sini sama Abang Lan. Mana tahu mungkin Yuide dan Abang Lan satu fikiran.

Selain itu kami takut dikatakan terlalu memilih. Mungkin bagi orang setempat, makan nasi bersama garam itu sudah biasa. Kami terima itu sebagai satu budaya di sini. Tapi masalahnya ialah dalam meeting dan plan cakap lain. Then bila kat sini, jadi lain. So........

Dalam borak santai kami tu, ada juga bincang tentang Abang Jack. Then....tentang attitude Arep yang kurang disenangi porter apabila plan ke puncak Loser terpaksa dibatalkan. Ramai yang berpendapat Arep selfish. Tak pedulikan rakan-rakan sependakian yang lain. Ada beberapa orang porter ada nasihat atau cakap kat dia sikit bahawa sikap demikian tak manis.

Yeaaaa....dari satu side ada benarnya perkara tersebut. Biasa la budak muda. Endrilen dia sedang membuak-buak. Tapi pada pendapat aku, itu bukan faktor utama Arep bersikap demikian. Menu makan adalah punca kepada semua kekacauan. Kekacauan minda dan fizikal. Tapi that time masa dengan Yuide kami tak sebut pun pasal makan.

Selepas itu, Usin pula datang lepak khemah. Sambil bawa ubat sapu nak sapu kaki. Dia bercerita tentang suasana di atas sana. Katanya, sejuk sekali. Hujan salju. Tenda semua basah. Dia hanya berseluar pendek masa tu. Gas bawa tapi stove tak bawa. Nak buka biskut pun tak daya sebab terlalu sejuk. Dia menangis sambil teringatkan isteri dan anaknya.

Dia orang bawa 2 tenda kecil. Abang Lan dok sorang manakala mereka bertiga satu khemah. Katanya Loser seakan-akan marah. Bantu tanda Loser pun tak kelihatan walaupun berdiri dekat. Hmmmmmm...... Kat Bivak Kaleng ni pun dah tak tahan sejuk, apatah lagi kat puncak. 

Untuk info SAR pula, kata Usin, heli tak dapat datang kerana cuaca tidak mengizinkan. Petang tadi pasukan SAR dah mula mendaki melalui Jalur Kedah. Kita akan bertemu dengan mereka on trail kelak.

Zzzzzz........ malam ke 3 kami di Bivak Kaleng.

...bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...