29.1.17

--- Mendaki Bukit Kutu ---

29 Jan 2017, bangun pagi untuk buat pengurusan diri dan Subuh. Kak Yatie dan Akmal dah awal lagi di dapur. Masak nasi lemak katanya.

Semalam sebelum tidur kami dah bincang untuk mendaki Bukit Kutu. Ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang teruja.

Selesai sarapan, kami pun bersiap-siap untuk mendaki. Yang tak mendaki, katanya nak menjahit kat khemah ni haaaaaaaa...... Siapa yang tak mendaki? Korang akan tahu nanti.



Amin sedang memberi tunjuk ajar dan arahan







Semalam plan nak start mendaki jam 7.30 pagi. Tapi jam 8.30 pagi lebih baru gerak. Wuhuuuuuuu..... Aktiviti asal nak camping jer. Bukan nak mendaki. Ikut hati, aku pun macam malas. Hahahahaha....tak larat. Aku mendaki pagi ni pun sebab Kak Yatie nak follow jer.

28.1.17

--- Berkhemah di Perta ---

Pengalaman di Aceh tahun lepas tidak mematahkan semangat rakan-rakan lain untuk terus beraktiviti. Rakan-rakan lain ada pergi ke Gunung Baling di Baling. Dia orang ada ajak tapi aku dah ada komitment nak join MONEL. Trip dia orang ialah ke Panggang Paku @ Paku Panggang. Mana satulah. Aku tak pasti samada ia adalah bukit atau gunung.

Menariknya MONEL ni, tripnya selalu yang rare. Kita jarang-jarang dengar tempat yang nak di daki oleh mereka. Korang pernah dengar Panggang Paku? Pernah? Eh!!!....maknanya aku la yang tak pernah dengar. Alahai........maafkan saya kerana kurang info dalam dunia kehutanan yang penuh pancaroba ini.

Korang tahun apa itu MONEL? Hmmmmmm...... Cari facebook mereka, Malaysian Outdoor and Nature Lover.

Namun, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, trip Panggang Paku ini dibatalkan atas suara ramai. Aku pun tukar channel dengan mengikuti trip dari Kutip Adventure. Kutip Adventure buat tip ke Sungai Pertak. Hmmmm.....

Satu perkara yang aku pelajari dari Aceh ialah bertanyakan samada byaran trip termasuk dengan makan atau tidak? Jika termasuk makan, makan itu complete or makanan asas seperti beras, gula dan garam sahaja? Haaaaaa....jangan gelak ok. That what terjadi di Aceh bila semua benda dikatakan tak jelas. 😅

28 Jan 2017, pagi tu rileks lagi sebab kata Am gerak jam 2 petang. Tapi Aizat cakap jam 2 dah kena ada sana sebab nak angkat barang-barang dari kereta ke campsite.

Jam 1 aku masih atas jalan raya drive ke rumah Aizat. Nampak tak janji Melayu. Dah la tumpang orang. Huhuhuhu...... Susah nak ubah tabiat tak tepati masa. Sorry Aizat.

Sampai di rumah Aizat, katanya Acap dah bising-bising sebab tak cukup orang nak angkat barang. Masa aku sampai tu, tiba bersama di situ ialah Shidah. Dua orang belum sampai ialah Ika dan Am. Mujur aku bukan yang paling akhir. Kahkahkahkah....

Dari Rawang, kami berkongsi kereta menuju ke Perkampungan Orang Asli Perta. Cari parking, parking penuh plak. Tidak berputus asa menunggu, akhirnya kami dapat jua. Owh...kena bayar tiket masuk. Raya Cina, memang penuh la orang camping.

Masa on the way tadi kami ikut jalan bawah. Kami tidak ikut highway kerana nak elakkan kesesakkan jalan raya, rupa-rupanya jalan bawah juga jem teruk. Maka, bertambah lambat la kami tiba di destinasi. Hujan lebat menambahkan lagi kesesakkan jalan raya.

Masa dalam kereta juga, Acap ada call beritahu lokasi khemah dan minta kami parking berhampiran dengan keretanya. Ok Acap. Kata Acap, selepas jambatan senget, ambil kiri dan masuk dalam lagi.

Setibanya kami di Empangan Kuala Kubu Baru, aku cadangankan kita berhenti buat photoshoot skit. Rugi la sebab pemandangan dengan cantik ni. Tapi kata rakan-rakan, tak manis la shoot sebab kita dah lewat. Nanti apa kata Acap kalau dia nampak kita di insta. Semua orang ketawa berdekah-dekah. Satu perkara, sepanjang dalam kereta adalah aku asyik kena bahan jer. Tengs guys..... 😉





Aizat, ikon laman sosial terkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...