7.5.17

--- Bukit Sisek & Pelepah Kiri ---

Dalam keserabutan memikirkan cuti untuk travel tahun ini dan masa-masa akan datang, aku cuba menyesuaikan diri dengan beberapa aktiviti ringan di dalam Johor. Ye la, sekarang kerja di tempat baru. Cutinya pula dah tak sama macam 7 tahun sebelum ini.

Plan asal nak join Sem ke Pulau Tioman untuk mendaki puncak Semukut. Tapi cancel sebab cuti hari Ahad gagal diperolehi. Tukar plan ke Pelepah Kiri invited by Lin. Lately ni Lin sangat aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti outdoor. Nak kurus katanya di samping boleh jual produk. Hahahahaha...

Ok....kalau Pelepah Kiri ini rasanya yang ada batu tinggi bersusun tu kot. So, why not join. Lagi pula ianya day pack.

Jam 0530, tayar kereta dah bergolek membelah gelap dan dingin pagi menuju ke Kota Tinggi. Katanya Zah, sila berkumpul di Masjid Jamek Kota Tinggi.

Masjid Jamek Kota Tinggi (1°44'31.59"N, 103°53'55.02"E)

Alhamdulillah, aku selamat tiba di meeting point tepat pada jamnya. Yang penting sampai dulu dari Zah.

Kelihatan ramai pendaki yang menyertai trip hari ini. Tak kenal semuanya kecuali Zah, Lin dan Naim. Naim ni pun aku tak ingat sebenarnya. Maafkan saya Naim.

Seterusnya, kami bergerak menuju ke lokasi Air Terjun Panti. On the way tu kami singgah di satu warung berhadapan dengan Balai Polis Batu Ampat untuk sarapan. Rasanya ini merupakan kedai femes yang pasti disinggahi. Ada roti canai, nasi himpit dan makan berlauk. Ambil ikut selera anda dan kemampuan poket. Ini kira last punya pekan kecil.

Trip ini hanya dibekalkan dengan luch pack sahaja oleh pihak penganjur. Yang lain adalah sendiri. Bayaran untuk this trip adalah RM25.

Masa tengah nak bayar, Lat datang menyapa dari belakang. Eh!...... Macam mana Lat ada sini? Rupa-rupanya dia adalah salah seorang guide. Wow..........

Sekitar jam 0815, kami dah tiba di pakir Air Terjun Panti. Setiap orang mula membuat persiapan akhir.

Gogo, Azrul Azizi mula memanggil semua teman-teman pendaki berkumpul untuk sedikit taklimat. Lat memulakan taklimat dengan memperkenalkan diri. Beliau menerangkan serba sedikit trek yang bakal kami lalui. Katanya, trek banyak laluan air. Heaven....!!!

Aku kenal Lat ni masa trip ke Gunung Pulag. Kali ni dia jadi guide. Kelihatannya lebih tegas. Waaaaaaaaa..........

Selesai bacaan doa, kami pun meneruskan perjalanan.

Aku tertanya-tanya siapa tengah dan siapa sweeper? Hmmmm....mungkin trek mudah maka tidak perlu semua tu. Ok....








Baru dua tiga langkah berjalan, kami terpaksa melalui sungai. Terlalu awal kasut basah. Huhuhuhu.... Kami melalui ladang kelapa sawit.














Kolam Babi

Trek untuk ke Puncak Bukit Sisek agak mencanak. Sedikit jer. u can do it.




Selamat tiba di puncak.



Aktiviti utama di puncak ialah swafoto berkumpulan, swafoto sendiri dan up status di laman sosial. Horeeyyyy....!!! Hahahahahaha...









Setelah sejam berada di puncak, kami mula turun untuk menuju ke Kem German pula. Di kem ini terdapat surau. Alhamdulillah...

Dari sini ada laluan menuju ke Bukit Pasir. Tapi majoriti vote untuk tidak ke sana. Di sini juga kami terserempak dengan Team Baju Merah.





Kebanyakkan trek sini adalah batu yang licin. Aku tergelincir sekali. Arghhhhhhh...... Kasut jer mahal tapi tapak tak sesuai dengan batu licin.






Geng baju merah





Masa tiba di air terjun ni, memori menerjah ke minda. Aku macam pernah sampai di sini. Yes.... bersama-sama dengan beberapa teman. Linknya di sini.










Kami berjaya keluar dari hutan sekitar jam 5 petang. Ada yang terpaksa balik awal kerana urusan. Bakinya kami ke masjid jamek untuk buat pengurusan diri. Kemudian kami lepak makan di Restoran Hassan Mohammad Ong.

......dan tak jumpa pun batu bersusun tu. Ke aku yang salah. Huhuhuhu...

Terima kasih kepada semua line up. In shaa Allah jumpa di lain trip. Tak sempat nak kenal semua sebab trip singkat dan semua berjalan lancar. Hahahahahaha...... Kalau ada prolem on trek, baru la banyak story nak tulis dan tali persahabatan itu akan lebih erat. Hahahahahaha....

Wassalam...

4 comments:

  1. petang2 gini bila tgok pic masak air + milo di tepi sungai.... emmmmm sedappppp nyaaa....

    ReplyDelete
  2. dah pindah johor ke.hehehe.selamat menjelajah gunung johor pulak. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...