14.5.17

--- Ulang Tahun ke 10 Kelab Rekreasi & Sukan Ekstrem epi 2 ---

Semalam kami tidur agak lewat. Pagi ni katanya ada senamrobik. Rasa-rasa ada tak yang kesiangan? Itu wajib la ada. Hahahahahahaha......

Aku sendiri pun bangun agak lewat tapi tidaklah lewat sangat. Aku turun tu dah ada Sharul, Buzz, Teng, Babu dan beberapa orang lagi. Junior yang uruskan senamrobik pun ada. 

Teng decide untuk jogging 10 km pagi tu memandangkan ramai yang kesiangan. Aku pun jogging jugaklah. Tapi tidaklah 10 km. Lari sekitar Seri Menanti jer.

Balik ke resort, kelihatan kebanyakkannya dah ada di ruang makan untuk sarapan pagi.

Selesai sarapan, kami diminta untuk ke padang bagi acara sukaneka.

Sebelum acara bermula sambil menunggu rakan-rakan lain, kami sempat baling-baling freesbe. Ternyata kemahiran balingan yang diajar oleh Belacak masih cekap. Tapi memang memori la freesbe ni. Sekarang kalau aku nak baling-baling pun dengan siapa?

Kami berkumpul mengikut kumpulan yang telah diaturkan. Acara pertama tig tag bakal dijalankan sedikit masa lagi.

Sebelum tu, sedikit warming up yang diketuai oleh Paih dengan muzik latarnya Uptown Funk. Dia ajar kami kaedah menari ikut muzik tersebut. Layankan aje.

Kumpulan ada 4. Aku dalam kumpulan 2 bersama Farhana and Husband (Ikmal), Ajak and Wife, Sharul dan Tikah. Game tig tag ni sama macam game 'x' 'o' pada kertas. Tapi kali ini ia dimainkan di atas padang dan menggunakan freesbe sebagai penanda. Game memang happening habis.










Game seterusnya ialah pasang khemah dan packing barang. 2 team di pecahkan untuk menjalankan task tersebut. 2 team pasang khemah terpantas manakala 2 team lagi packing barang ke dalam haversack. Packing bag dalam haversack ini bukan semata-mata pantas tapi bertepatan dengan situasi yang diberikan.

Acara ini dimeriahkan lagi sorakkan daripada isteri-isteri. Agak ganjil frasa ayat ini. Hahahahahaha.....

Paling penting, semuanya sangat sporting.






















Acara kemuncak ialah tarik tali. Dari 4 team dijadikan 2 team sahaja secara undian. Dalam banyak-banyak acara yang kami main tadi, this game paling sengit dan mendapat banyak bantahan. Hahahahahahahahahahahaha........ Seriusly, memang fun giler.





















Dah penat di padang, kami kembali ke resort untuk acara yang paling-paling dinantikan iaitu bersama dengan salah seorang pendaki Malaysia ke Puncak Everest. Puan Siti Norhanisah. Masa ekspedisi tu beliau masih single.


Menarik tentang sesi ini ialah dapat mendengar kisah dan pengalaman beliau sepanjang proses ke puncak sana. Bermula dari pemilihan, latihan dan akhirnya ke puncak. Mendengar sendiri dari empunya badan. Bukan melalui tulisn akhbar yang mungin ditokok tambah bagi memaniskan cerita. Antara yang sempat aku ingat :
  • mayat pendaki yang mati di sepanjang trek.
  • kaedah membuang air kecil dan besar pada ketinggian tersebut.
  • solat.
  • anggota badan yang terdedah pada udara sejuk yang menyebabkab frost.
  • gejala high altitude stupid. Terma di gunung sahaja.
  • do and dont sepanjang ekspedisi.
  • kos.
  • kerjasama sepanjang ekspedisi.
  • dan banyak lagi.

Ternyata beliau seorang yang sangat bertuah.

Tapi dalam banyak-banyak soalan dan jawapan yang diterima yang aku kurang uas hati adalah kaedah wuduk. Jawapan yang diterima agak samar. Niat soalan adalah untuk berkongsi. Benda ini penting sebenarnya.

Tapi kebanyakkan orang sangat mengelak berkaitan solat ni. Malah ada ada yang tidak selesa apabila soalan ini ditanya. Aku pun tak pasti kenapa.

Ok....aku bagi situasi begini ek. Andai kata la aku yang mendaki. Then, orang tanya, adakah aku solat tak Zuhur dan Asar? Kalau tak solat, jawap tak solat dan bagi reason. Jika solat, bagi tau solat dan kaedahnya. This is learning proses to shared. Jangan bagi jawapan dah tanya ustaz atau ustazah. Kalau macam tu, baik kami pergi tanya sendiri. Kita nak tahu dari orang yang mengalaminya sendiri.

Jangan salah anggap saya cuba mencari kesalahan Anis ni ok.

















Majlis sudah sampai kepenghujungnya. Kami berkumpul di dewan makan untuk makan tengah hari, penyampaian hadiah dan majlis penutup.

Majlis dimulakan dengan ucapan penutup daripada pengarah program iaitu Abdul Hazim bin Abdul Rashid. Ada kaitan dengan Are Shit tak? Hahahahahahaha..... Untuk info, Hazim merupakan Timbalan Presiden Kerex sekarang.

Ucapan seterusnya dari presiden sendiri iaitu Tengku Ahmad Shauki. Mmmmm...rasanya beliau satu-satunya keturunan raja yang menjadi presiden Kerex. Tahniah...!!!

Sepatutnya korang ambil kesempatan ke atas anak raja ni haaaaaa...... Hahahahaha.....





Dalam banyak-banyak isi ucapan presiden yang membuatkan aku terkasima ialah soft skill. Tepat sekali kata-kata beliau. Aktiviti ini mungkin tidak ada dalam silibus kejuruteraan yang kita ambil tapi ini memberi dan mengasah soft skill.

Tempat keempat

Tempat ketiga


Johan

Naib johan

Wakil Seri Menanti Resort






Akhir kata, Home Coming pertama kali ini sangat-sangat best walaupun tak ramai yang datang. Rakan-rakan senior yang sangat sporting. Tak kira apa jua game, tetap main untuk bergembira. Ni lah jiwa outdoor. Pada rakan-rakan yang tidak berkesempatan pada kali ini, jika ada lagi tahun depan, jangan lepaskan peluang.

Pada para junior yang buat program ni, u all the best. Thumb up for u guyss.....

Sebahagian besar gambar adalah dari kamera junior-junior. This time aku tak banyak sangat snap sebab malas dan penat. Hahahahaahah..... so thanks pada owner-owner gambar untuk dimasukkan ke dalam blog. Aku cuma adjust kecerahan jer.

Selesai majlis, kami packing dan bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Jutaan terima kasih kepada junior-junior atas usaha mengadakan program ini. Sedikit terharu dan sebak takkala nak meninggalkan sahabat-sahabat KereX semua. In shaa Allah, kita jumpa lagi.

Jangan lupa, outdoorlah yang telah menyatukan kita. Waaaaaaaaa........

Aku tutup entry kali ini dengan beberapa soalan. Siapa punya idea? Bagaimana ia tercetus? Adakah ini ada pengaruh dari senior?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...