22.9.17

--- Titi Gajah vol 2 ---

Kenapa dinamakan Titi Gajah vol. 2? Haaaaaaaaaaaa.....pandai. Sebab ini merupakan trip ke dua yang dibuat oleh Abang Nas. Vol 1 dulu aku tak dapat join sebab faktor cuti. Its ok. Rezeki datang,  tahun ini ada lagi trip ni. So aku grab.

Dalam nak join tu, nak drive dari Mersing ke Dabong bukanlah satu perjalanan yang dekat. Makan ratus gak la. Gagahi jua membelah malam untuk sampai ke sana.

Alhamdulillah....Subuh aku sampai di masjid yang berdekatan dengan RnR Jelawang. Kemudian dalam group, gogo dah minta semua berkumpul di RnR.

Kami breakfast dan tapau untuk lunch.

Untuk line up kali ni, memang tak kenal sesiapa kecuali Key dan Abang Nas je. Time to make a friends. Hahahahahahaha....



Sebelum bergerak, kita punya Key aka guide ingin memberi sepatah dua kata.

Hari ini punya destinasi hanya Baha Camp jer. Perjalanan lebih kurang 2 jam lebih katanya. Patut la santai jer hari ni. Ye la. Dah nak dekat jam 10 pagi kot.

Macam biasa, naik hilux Abang Nas akan membawa kami masuk ke pintu rimba.

Taklimat daripada guide


Cubaan untuk naik lebih atas gagal. Maka sampai sini jer hilux mampu hantar. Kami buat final packing sebelum mula mendaki.

Memang santai habis. Sebelum meneruskan pendakian buat sedikit regangan badan. Dalam taklimat Key, ada satu frasa yang menarik iaitu, "nak laju-laju gi mana? Bukan G7 pun kita nak g ni". Hahahahaahhahaha.....




 


Taklimat ke 2

Bacaan doa


Sepanjang pendakian yang santai ini, aku terfikir sesuatu. Kenapa aku tak ingat trek ni? Rasanya aku pernah datang ke Kem Baha tapiiiiiiiiiiiii........mmmmmm......takper. Mungkin tu gunung lain kot.

Kami melintasi sebuah air terjun yang tinggi. Kami berhenti berehat walaupun tak penat sangat. Saja nak layan air terjun katanya.

Sementara berhenti berehat tu, ada la beberapa kumpulan melepasi kami untuk menuju ke Kem Baha.





Sempat lagi membuat tatarias



Terjatuh




Perasan tak, atas puncak air terjun tu ada seakan-akan kalimah Allah....

Selepas 30 minit berehat santai, kami menyambung kembali pendakian,






Satu jam setengah kemudian, kami pun sampai di Kem Baha. Ini termasuk berehat. Sebenarnya boleh lebih pantas dari itu. Jam menunjukkan 12.53 tengah hari. Katanya, kalau sampai awal nanti mati kutu.

Setibanya kami di sini, kelihatan banyak khemah telah didirikan.  Ada team lain. Pelajar-pelajar sekolah menengah mendaki ke Gunung Stong.

Selamat tiba



Satu masa dulu pernah bercita-cita untuk completekan circle ni. Tapi tak ada rezeki.

Kami pun cari port untuk mendirikan khemah. Buat pengurusan diri.

Petang tu sambil-sambil touch up khemah dan makan lunch pack, Abang Nas tanya pula pasal kes Paru-Paru Dunia. Pastu yang lain pun nak juga tahu. Aku ingat story dah dilupai. Rupanya masih ada yang ingin tahu. Maka aku pun cerita serba ringkas. Hahahahaahahahahahaha.....

Katanya dah baca dalam blog cuma rasa tak puas kalau tak dengar sendiri. Hahahahahaha.... Ok, pada mereka yang ingin mengetahuinya, boleh klik SINI. Itu adalah permulaan cerita dan berlarutan hingga ke hari yang ke 17. So ada 17 episod. Harap jangan muntah tika membacanya.







Bersantai-santai di Air Terjun Jelawang




Seriously in Malaysia?

Hari semakin gelap. Banyak pula team-team baru muncul untuk berkhemah. Bersebelahan dengan kami ialah team Man Tiger.

Acara masak-masak oleh chef terkenal aka gogo. Beliau dibantu oleh krew-krew terlatih.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...