18.2.18

--- Puncak Kerla, episod 3 (akhir)---

Selamat pagi...

Hari terakhir, adakah anda excited untuk pulang?
Hmmmm....biasa-biasa jer. Tak ada apa-apa perasaan. Pagi tu, pagi yang nyaman. Itu jer yang saya suka bila camping. Rasa tenang.

Hari ini anda semua akan berjalan pulang 10 km lagi. Macam mana perasaan anda? Itu yang saya maksudkan soalan tadi? 

Ooooooooooooooooooooooo........ hahahahaha.....sebenarnya kami dah fikirkan tentang kesengsaraan masa pulang kelak. So, kami dah deal dengan driver 4x4 yang kami tumpang pada hari pertama. Kami hanya perlu tunggu di sini sekitar jam 10 pagi.

Disebabkan lambat lagi, maka mode santai-santai aje. Sekali sekala berselisih pendapat samada tunggu di sini atau di sana?

Dalam pada kami menunggu itu, ada juga beberapa buah motor dan kenderaan pacuan empat roda yang melintasi campsite ini untuk menuju ke sungai di depan sana untuk memancing.

Sambil itu, perlahan-lahan kami mengemas apa yang patut. Kalau boleh biar la siap awal. Tak nak la nanti driver tu menunggu plak kan.

Sarapan pagi tetap disediakan oleh master chef kami. Minuman pula istimewa sikit iaitu teh limau panas.


Bab kata orang, penantian satu penyeksaan. Hahahahaha......

Jadi tak pemandu 4x4 tu datang ambil?
Yes....seperti yang dipersetujui. Mereka tiba jam 10 lebih. Kedengaran dari jauh bunyi deruman enjin 4x4. Kami tangkas bangun dan bersiap sedia. Kadang-kadang tu tersalah juga sebab bukan 4x4 yang kami janji tu. Hahahahaha....






Alhamdulillah, kami selamat sampai di lokasi kereta pada waktu tengah hari. Selepas mengucapkan terima kasih kepada penjaga tapak parking, kami pun cergas keluar. Kami terlebih dahulu singgah di rumah Tok Batin bagi memberitahu bahawa kami selamat keluar.

Kami ke Masjid Al-Muhajirin di Pekan Sungai Koyan. Di situ kami buat pengurusan diri. Makan tengah hari pula, seberang jalan masjid tersebut. Hihihi...




Walaupun kami dah makan di Sungai Koyan, nafsu makan tetap melonjak-lonjak. Maka kami singgah makan pula di Pekan Bentong. Makan KFC. Hihihihi.... Dalam kesempatan itu, ada besday boy rupanya. 3 orang sekali gus. Happy birthday pada Medang, Zul dan Ayat.

Sorry...saya perasan yang bilangan macam kurang di situ. Kenapa yer?
Owh...yes...tepat. Memang kurang. Masa ni seorang team mate dah berpisah di Masjid Bentong selepas kami ambil kereta. Awie namanya.



Semasa memandu dari Sungai Koyan lagi, dah ada jem. Esok hari bekerja selepas orang bercuti dari Tahun Baru Cina. Maka berpusu-pusalah orang balik ke Kuala Lumpur. Menang sesak la jalan dan highway. Hadap je lah nanti.

Jam berapa tiba di KL?
Mmmm...jika tak salah, sekitar jam 1 pagi.

Ada apa-apa kesimpulan daripada trip kali ini?
Adakah saya dah maklumkan tentang nama Puncak Kerla? Kalau belum, sebenarnya Gunung Kerla ini adalah  Gunung Panggang Paku. Orang asli kawasan situ yang memanggilnya Kerla. Kerla tu ada makna kalau saya tak salah. Saya tak ingat.

Selain itu, trip ini biasa-biasa saja. Cuma ia tidak seperti yang saya gambarkan. Ye lah, saya ada tengok berakit semua bagai dalam satu blog tentang Panggang Paku ni. Tapi bila saya datang, hanyalah trek balak. But ist ok.

Oklah. Terima kasih tasa kerjsama yang diberikan.
Sama-sama....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...