Masuk hari ke dua kami berpuasa di India. Kami hanya berbuka dan sahur di atas bas dalam perjalanan kami dari Manali ke Delhi. Aku tertanya-tanya nak turun dimanakah? First pit stop, ada orang sebut airport. Tapi aku tengok mat salleh ni tak turun. So bukan sini lah tu. Ok, jalan lagi.
Pit stop ke dua ialah Kashmere Gate. Nampak signbord. Ok, nampaknya semua penumpang bas turun kat sini. Kami pun callo bete. Macam biasa, penumpang bas yang turun akan dihujani dengan driver teksi dan tut tut. Pening kepala mak nox. Rimas. Ada yang menggelikan hati aku, dia orang boleh cakap Daus ni dari Korea. Dalam hati ku, agak-agak la nak puji pun atau nak ambil hati. Daus Korea? Jauh kot perbezaan.
Dalam kerimasan tu, aku ada dengar mat salleh ni cakap nak pergi Main Bazaar pada driver tut tut. So kami pun decide ke tempat yang sama. Harga tut tut, INR 200.
Hotel? Nak dok hotel mana? Hmmmm......
30 minit lebih gak la naik tut tut, kami pun sampai. Driver tut tut tu menurunkan kami di depan sebuah hotel. Hmmm....tak fikir panjang, itulah hotel kami malam ni. Malas dah nak fikir dan nak cari. Nama hotel tu Satyam Hotel.
Sambil tokey dok geleng kepala, dia bagi harga bilik, INR 1000. Dengan bantuan guard, kami di bawa ke tingkat 3. Nombor bilik 302. Masuk bilik tengok masih ada pinggan yang belum diangkat. Hmmmm.... Bilik belum kemas. Kami turun semula dan beritahu tokey. Tokey meminta orang suruhannya bersihkan. Oooooo...patut la. Kami check-in awal sangat. 10 minit kemudian, siap. Kami naik ke atas dan buat pengurusan diri. Bilik ada 1 single dan 1 queen. Besar dan selesa. Selesa.
Kurang jam 10 waktu tempatan, kami keluar berjalan ke menuju ke New Delhi Railway Station. Street Main Bazaar tu, sampai la stesen keretapi. Sambil jalan, kami usha-usha jika ada cenderahati yang berkenan di hati. Sayangnya, tidak ada yang menarik. Daus belum beli apa-apa cenderahati tuk kawan-kawan. Hmmmm.....
Owh....masa kami keluar hotel tu, singgah kedai telco untuk beli internet simcard. Dengan niat untuk kemudahan carian maklumat nanti. Simcard INR 300 + internet INR 300. Total INR 600. Dah bayar semua dan pasang, mamat tu cakap after 2 pm akan aktif dan boleh guna. Terkejut gak aku. Lambat rupanya. 3 jam lagi. Adoiiii.....lupa nak tanya sebelum beli tadi. Mmmm...
Buat apa pergi stesen? Haaaaaa....dikesempatan masa yang ada ni, kami nak pergi ke Taj Mahal. Monumen simbol percintaan yang digembar-gemburkan tu. Very excited. Hihihi...
Ok...untuk pelancong asing, kena naik atas. Isi borang bla...bla...bla.... Hasil perbincangan, kami hanya beli tiket pulang sahaja berikutan timing tiket pergi tidak sesuai.
Macam ni, kami pergi balik hari. Kalau kami pergi dengan train berikutnya, berkemungkinan kami sampai Taj Mahal, gate dah tutup. So dia mencadangkan kami ambil bas.